KUALA LUMPUR 6 Okt - Pembelian helikopter Leonardo AW189 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengikut jadual dengan pesawat dijangka diterima dalam masa dua tahun.
Ketika ini proses pembinaan 4 buah helikopter tersebut sedang dilakukan oleh pihak Leonardo Helicopters Division di Itali.
Mengikut jangkaan, pihak Leonardo akan menyerahkan helikopter kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada tahun 2026.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7434091023795490055.jpg?itok=fdW31clU","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7434091023795490055?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Sebagai sebuah syarikat aeroangkasa bertaraf global, pihak Leonardo diyakini tidak mempunyai masalah untuk menyiapkan tempahan tersebut.
Difahamkan, pihak KDN dan APMM juga sentiasa mengikuti perkembangan pembinaan helikopter secara rapat dengan kerjasama pihak industri.
Ketika ini lebih 90 helikopter AW189 dioperasikan oleh pelbagai pengendali di seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, kira-kira 50 digunakan untuk pengangkutan dalam industri minyak dan gas serta telah merekodkan 155,000 jam penerbangan.
AW189 ialah helikopter saiz sederhana yang digunakan untuk pelbagai misi termasuk pengangkutan luar pesisir, misi mencari dan menyelamat, memadam kebakaran dan bantuan bencana.
Kontrak pembelian 4 buah helikopter AW189 bernilai RM530 juta telah ditandatangani kerajaan pada Mei lalu apabila menganugerahkan tender kepada Galaxy Aerospace.
Kesemua helikopter ini akan ditempatkan di Sandakan, Sabah bagi memperkasakan lagi pengawasan maritim di kawasan sebelah sana.
Pembelian 4 buah helikopter ini membolehkan APMM mempertingkat pemantauan udara dengan lebih meluas serta melaksanakan operasi mencari dan menyelamat bagi jarak serta durasi yang panjang.
Kemasukan aset udara baharu ini nanti menyaksikan APMM mempunyai pegangan sebanyak 10 pesawat termasuk enam sedia ada.
Antaranya 2 helikopter jenis AW139, AS365 N3 Dauphin (3) dan sebuah pesawat udara Bombardier CL-415 MP.
AW189 bersaiz lebih besar berbanding AW139 sedia ada milik APMM dengan berat 8.6 tan serta dilengkapi dua enjin dan boleh terbang selaju 294 kilometer sejam.
Dengan dua kru, helikopter AW189 boleh membawa sehingga 19 orang penumpang.
Ia juga dilengkapi dengan keupayaan untuk melaksanakan misi-misi perubatan dan menyelamat yang mencabar. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/DBppszQvW_o.jpg?itok=pQ12i9YT","video_url":"https://youtu.be/DBppszQvW_o","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}