Pemilihan helikopter AW149 ganti Nuri dipersoal, pertimbang pesawat lebih sesuai | DagangNews Skip to main content

Pemilihan helikopter AW149 ganti Nuri dipersoal, pertimbang pesawat lebih sesuai

Pemilihan helikopter AW149 dikatakan tidak sesuai untuk menggantikan Nuri.
Analisis Berita Oleh Zaki Salleh

Pemilihan helikopter Leonardo AW149 menggantikan pesawat Sikorsky S-61A-4 Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengundang persoalan banyak pihak tentang keputusan itu.

 

Ini kerana umum membandingkan spesifikasi kedua-dua pesawat sebagai sangat berbeza sekiranya helikopter pengganti yang dicalonkan benar-benar berupaya seperti Nuri.

 

Helikopter Nuri yang menjadi tulang belakang pengangkutan, operasi dan pelbagai tugasan selain ketenteraan sepanjang 50 tahun digunakan TUDM dikenali dengan kelasakan dan ketahanan.

 

 

ATM pada Sabtu mengumukan Leonardo AW149 sebagai calon menggantikan peranan Nuri yang akan diterima secara sewaan.

 

Helikopter
AW149.

 

Helikopter
Black Hawk.

 

Helikopter
H225M TUDM.

 

AW149 dikategorikan sebagai mempunyai kebolehan melakukan operasi mencari dan menyelamat serta mempunyai keupayaan utiliti.

 

Apa yang menjadi teka-teki ialah adakah TUDM akan menerima 24 buah helikopter AW149 sebagai pengganti Nuri atau menerima 2 jenis helikopter yang berbeza?

 

Berdasarkan penggunaan 12 helikopter EC725AP sedia ada TUDM, banyak pihak membayangkan ATM cenderung untuk memilih helikopter jenis sama bagi menambah jumlah sedia ada.

 

Justeru, keputusan mendapatkan helikopter AW149 dilihat bakal menimbulkan masalah lain iaitu keseragaman operasi memandangkan kru TUDM telah biasa dengan helikopter sedia ada.

 

Helikopter
Sikorsky Nuri.

 

Helikopter

 

Pada satu aspek lain ialah tentang penyelenggaraan pesawat yang mana pembelian EC725AP telah mewujudkan beberapa kerjasama industri dengan pengeluar asal.

 

Malaysia sejak 10 tahun lalu juga menjadi pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bagi helikopter-helikopter keluaran Airbus khususnya varian H225 dan EC725.

 

Sekiranya ATM menambah bilangan helikopter H225M (varian terbaharu) menjadikan 24 buah pesawat, ini dapat melonjakkan lagi kedudukan tersebut selain nilai industri yang bakal diterima syarikat-syarikat tempatan terlibat.

 

Contohnya syarikat Global Turbine Asia (GTA).

 

Pada Julai lalu GTA telah memeterai kontrak lanjutan selama tiga tahun melalui perjanjian pusat penyelenggaraan yang diperakui (CMC) dengan Safran Helicopter Engines dari Perancis.

 

Helikopter
Helikopter mempunyai reka bentuk moden.

 

Lanjutan perjanjian itu mengekalkan kedudukan GTA sebagai pusat MRO terulung di Malaysia membabitkan enjin turbin helikopter dan antara yang unggul di Asia Pasifik.

 

Ini meneruskan kejayaan usaha sama 14 tahun dengan pengeluar peralatan asal yang terkemuka tersebut.

 

Nuri, helikopter 2 enjin dibina sebagai helikopter maritim, operasi mencari dan menyelamat serta utiliti berasaskan pesawat Sea King.

 

Dengan saiz yang besar, Nuri gagah apabila boleh membawa beban sehingga 6 tan manakala AW149 dengan saiz sederhana pula boleh membawa 2.5 tan beban 

 

Leonardo AW149 yang merupakan varian tentera bagi pesawat reka bentuk sama, AW189 walaupun dikategorikan sebagai helikopter saiz sederhana tetapi jauh berbeza dengan Nuri.

 

Helikopter

 

Helikopter

 

Helikopter Helikopter

 

Varian AW189 banyak digunakan sebagai helikopter pasukan pengawal pantai.

 

Setidak-tidaknya, helikopter yang sesuai untuk menggantikan Nuri sama ada Sikorsky Black Hawk generasi terkini ataupun H225M iaitu varian baharu EC725AP.

 

Black Hawk dan H225M juga merupakan helikopter yang dibina khusus oleh syarikat pengeluarnya sebagai pesawat tentera pelbagai peranan.

 

Keupayaan kedua-duanya pula dua kali ganda berbanding AW149.

 

Satu lagi ciri utama helikopter pengganti Nuri ialah kemampuan membawa beban di luar pesawat secara anduh atau ‘under slug’ seperti meriam.

 

Helikopter
Helikopter AW149 boleh membawa sehingga 18 orang anggota tentera.

 

H225M boleh membawa beban secara anduh seberat 4 tan manakala Black Hawk pula 3 tan.

 

Walaupun ATM telah menetapkan bahawa Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) melaksanakan tugas logistik udara dengan helikopter yang sesuai, namun TUDM masih lagi dilihat perlu memberikan sokongan jika perlu.

 

Atas sebab itu pemilihan helikopter utiliti baharu TUDM perlulah melihat daripada sudut ini iaitu memilih pesawat yang benar-benar sesuai mengikut keperluan negara.

 

Apabila berlaku musibah seperti banjir atau bencana misalnya, bukan sahaja helikopter tentera, malah agensi-agensi penguatkuasaan lain dikerah memberi bantuan.

 

Helikopter

 

Mengikut perancangan, penggantian helikopter Nuri dirancang dilaksanakan bermula tahun 2026, dengan 12 helikopter akan diperoleh dalam fasa 1 pada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dari 2026 hingga 2030.

 

Seterusnya 12 lagi helikopter akan diperoleh dalam fasa 2 (RMK-14) dari 2031 hingga 2035.

 

Pembelian helikopter SAR/utiliti menggantikan Nuri untuk memenuhi keperluan TUDM terutamanya dalam melaksanakan operasi mobiliti udara.

 

Sebagai langkah jangka pendek, TUDM menyewa helikopter-helikopter daripada syarikat penerbangan berlesen di bawah program sewaan bermula pada tahun 2022 sehinggalah tahun 2026. - DagangNews.com