Perjanjian Zon ekonomi khas Johor - Singapura mungkin ditangguh ke Januari 2025, kata PM Anwar | DagangNews Skip to main content

Perjanjian Zon ekonomi khas Johor - Singapura mungkin ditangguh ke Januari 2025, kata PM Anwar

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Dis - Perjanjian antara Malaysia dan Singapura untuk mewujudkan zon ekonomi khas (SEZ) di Johor mungkin akan ditangguhkan kepada Januari tahun depan kata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Majlis tanda tangan itu, yang pada asalnya dirancang pada 9 Disember 2024, semasa pemukiman pemimpin tahunan kedua-dua negara, terpaksa dibatalkan selepas Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dijangkiti Covid-19 minggu ini, kata Anwar di Dewan Rakyat.

 

Pada Selasa, Lawrence telah mengasingkan dirinya di rumah selepas disahkan positif Covid-19 buat kali pertama.

 

Negara jiran Asia Tenggara pada Januari bersetuju untuk membangunkan SEZ di Johor dengan utara Singapura bagi menyasarkan untuk menarik pelaburan serta membebaskan pergerakan barangan dan manusia.

 

Cadangan untuk projek itu termasuk sistem pelepasan imigresen tanpa pasport, serta kerjasama mengenai tenaga boleh diperbaharui dan memudahkan kelulusan perniagaan.

 

Perjanjian bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijadual ditandatangani pada 9 Disember 2024, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

 

Beliau menyatakan, perjanjian itu dijangka dimeterai semasa sesi pemukiman Jawatankuasa Menteri Bersama Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), pada 8 dan 9 Disember ini.

 

Ini susulan mesyuarat khas JMCIM yang diadakan di Johor Bahru pada 7 November untuk membincangkan kemajuan JS-SEZ, yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Ekonomi Malaysia, Razi Ramli dan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee.

 

Menurut Bernama, Onn Hafiz melahirkan keyakinan bahawa Johor memasuki era keemasannya, khususnya dengan kemasukan pelaburan antarabangsa, termasuk pelaburan RM1.5 bilion daripada Mercedes-Benz.

 

Perjanjian bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura akan ditandatangani pada 9 Disember ini Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri sedang memudahkan proses pelaburan di Johor melalui inisiatif “Kulai Fast Lane”, yang akan diperluaskan di bawah nama Invest Malaysia Facilitation Centre.

 

“Kulai Fast Lane telah memudahkan kemasukan lebih daripada 38 pelaburan bernilai RM52 bilion,” kata Onn Hafiz.- DagangNews.com