Pilih Hornet Kuwait bukan langkah kebelakang, negara barat juga beli pesawat terpakai | DagangNews Skip to main content

Pilih Hornet Kuwait bukan langkah kebelakang, negara barat juga beli pesawat terpakai

Pemilihan Hornet Kuwait bukan langkah kebelakang untuk melengkapkan TUDM.
Analisis Berita Oleh Zaki Salleh

Keputusan kerajaan mendapatkan pesawat F/A-18 Hornet Legacy berusia lebih 20 tahun milik Kuwait dilihat sebagai langkah tepat bagi menggandakan kuasa udara lebih cepat.

 

Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pembelian ini dibuat berdasarkan kesesuaian semasa selari dengan rancangan pemodenan aset milik pasukan tersebut.

 

Ini ditegaskan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyifatkan pemilihan Hornet sejajar dengan keperluan TUDM.

 

Keputusan membeli pesawat dari negara Asia Barat itu bagi mengisi sementara keperluan TUDM susulan beberapa aset udara yang akan ditamatkan perkhidmatan dalam masa terdekat.

 

Pesawat
Pesawat Hornet Kuwait dan Eurofighter Typhoon tentera udara Kuwait.

 

Pesawat-pesawat ini pula hanya merekodkan antara 2,000 hingga ke 3,000 jam waktu penerbangan daripada 6,000 hingga 7,000 jam waktu penerbangan maksimum.

 

Ini juga bukan langkah terkebelakang kerana pembelian pesawat tempur terpakai menjadi trend banyak angkatan udara di dunia.

 

 

Memetik media antarabangsa Forbes, wartawan Paul Iddon dalam laporannya pada Disember 2021 mengupas trend tersebut.

 

Menurut laporannya, beberapa negara di Eropah membeli atau mencari pesawat pejuang terpakai untuk memperkukuh tentera udara masing-masing.

 

Parlimen Romania pada Disember 2021 meluluskan pembelian 32 buah F-16 terpakai dari Norway. 

 

Pesawat
Pesawat F-16 Denmark.

 

Pesawat
Pesawat terpakai F-16 bekas kepunyaan Denmark yang diterima Romania.

 

Negara Scandinavia itu menggantikan skuadron F-16 dengan pesawat tempur generasi kelima F-35, justeru sanggup menjual F-16 terpakainya kepada negara NATO lain. 

 

Romania pula mengoperasikan 17 buah pesawat F-16. 

 

Pembelian ini dilihat lebih daripada menggandakan kekuatan udaranya dan membolehkan Bucharest menggantikan pesawat MiG-21 ‘Fishbed’ era Soviet yang jauh lebih tua.

 

Mutakhir, Romania telah menerima 9 daripada 32 pesawat tersebut yang dijangka selesai penghantaran pada tahun 2025.

 

Pesawat
Pesawat F-16 terpakai Norway.

 

Pesawat

 

Croatia yang juga mewarisi pesawat MiG-21 era Soviet pada November 2020 menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk memperoleh 12 pesawat pejuang Dassault Rafale F3-R terpakai.

 

Sebagai ganti, Perancis pula akan membeli 12 pesawat Rafale baharu.

 

Pada April lalu Croatia telah menerima sebahagian pesawat tersebut yang juga menjadi pembelian aset ketenteraan terbesar negara sejak 1991.

 

Denmark pula yang merancang membeli pesawat generasi kelima sejak 2020 mencari pembeli bagi 30 pesawat F-16.

 

Banyak negara berminat untuk mendapatkan pesawat-pesawat F-16 berusia 40 tahun ini yang mana akhirnya dimiliki Argentina apabila memeterai perjanjian pada April lalu.

 

Pesawat
Dassault Rafale.

 

Pesawat
Greece membeli 24 buah pesawat Rafale Perancis termasuk sebahagian jenis terpakai.

 

Pesawat
India ingin mendapatkan pesawat Mirage 2000 terpakai Greece.

 

Argentina membeli 24 buah pesawat F-16 Denmark yang telah diselenggara dan dinaik taraf kelengkapan ini pada harga AS$300 juta.

 

Denmark pula telah menempah 27 buah pesawat tempur F-35A.

 

Greece mendapatkan 24 buah pesawat tempur Dassault Rafale yang mana sebahagiannya adalah pesawat terpakai melibatkan kos kira-kira AS$2.8 bilion.

 

Apa yang menariknya, India ingin mendapatkan pesawat terpakai Mirage 2000 milik Greece yang ditamatkan perkhidmatan sebagai tambahan kepada pesawat sama dimilikinya.

 

Difahamkan India memerlukan pesawat terpakai tersebut sebagai alat ganti kepada pesawat-pesawatnya.

 

Pesawat
Pesawat Hornet TUDM.

 

Pesawat

 

Justeru, melihat kepada trend angkatan udara negara-negara barat sendiri memilih pesawat tempur terpakai maka apa yang diputuskan kerajaan Malaysia bukan dibuat tanpa perancangan.

 

Sekiranya negara berjaya mendapat kesemua 33 pesawat Kuwait, jumlah Hornet yang dimiliki TUDM nanti adalah berjumlah 41 buah.

 

Jika hanya sebahagian daripada 33 buah pesawat ini dioperasikan, ia dilihat memadai sebagai pengganda kekuatan sedia ada.

 

Ini berdasarkan andaian TUDM akan menambah 8 buah Hornet Kuwait ke dalam skuadron sedia ada manakala 18 buah lagi mengisi kekuatan No. 17 Skuadron yang sebelum ini mengoperasikan MiG-29N.

 

Pesawat

 

Pesawat

 

Pesawat

 

Baki pesawat lagi digunakan sebagai alat ganti memandangkan TUDM telah menetapkan khidmat Hornet akan diguna sehingga tahun 2040.

 

Dua buah skuadron Hornet dilihat sebagai ideal dengan keupayaan TUDM.

 

Kelebihan lain kepada TUDM ialah dalam aspek logistik dan penyelenggaraan kerana kru TUDM mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dengan Hornet. - DagangNews.com