Prospek Padini kekal positif, unjuran pendapatan FY25 dijangka cecah RM2.1 bilion - TA Securities | DagangNews Skip to main content

Prospek Padini kekal positif, unjuran pendapatan FY25 dijangka cecah RM2.1 bilion - TA Securities

Gambar hiasan dari laman web rasmi Sunway pyramid
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Dis - Prospek Padini Holdings Bhd kekal positif dibantu kemasukan pelancong tinggi yang akan memacu hasil penjualan kedai dan penambahbaikan rangkaian produk, kata TA Securities. 

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran pendapatan tahunan FY25 padini sebanyak RM2.1 bilion.

 

"Walaupun kumpulan menyaksikan kos yang inggi pada 1QFY25, Padini melaporkan kenaikan argin sebanyak 35.6%, iaitu sedikit rendah daripada paras anggaran bimbingan pengurusan kami sebanyak 36% sehingga 38%. 

 

“Bagaimanapun, kami percaya kumpulan itu akan terus menguruskan kos dengan cekap dan meningkatkan keberkesanan operasi," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini. 

 

Pada 1QFY25, Padini mencatat tunai bersih pada RM765.9 juta mewakili peningkatan 22.5% tahun ke tahun (YoY).

 

“Melihat ke hadapan, kami yakin Padini akan terus memberi manfaat kepada pemegang sahamnya dengan pembayaran dividen yang konsisten sebanyak 11.5 sen sesaham pada FY25, sejajar dengan anggaran FY24 kami.

 

"Unjuran ini disokong oleh jangkaan kedudukan tunai bersih yang kukuh sebanyak RM881.1 juta pada FY25," katanya.

 

TA Securities mengekalkan saranan "beli" terhadap Padini dengan harga sasaran (TP) sebanyak RM4.30 sesaham. 

 

"Kami mengekalkan saranan kami berdasarkan anggran pendapatan kumpulan pada dua suku setereusnya yang akan meningkat dibantu oleh jualan perayaan dan usaha kumpulan dalam pengurusan kos," katanya. - DagangNews.com