KUALA LUMPUR 10 Dis - Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM66 juta ke atas empat dana.
Firma unit amanah itu mengumumkan pengagihan kasar tahunan sebanyak lima sen seunit untuk Dana Bon Infrastruktur Islam Public 4.80 sen seunit untuk Dana Pasaran Wang e-Dipertingkatkan Public.
Ia juga mengisytiharkan pengagihan 1.25 sen seunit untuk Public Far-East Dividend Fund dan 0.2 sen seunit untuk Public Dividend Select Fund (separuh tahunan).
Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia, dengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.
Public Mutual juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS. - DagangNews.com