RHB Investment unjur UMediC Group catat CAGR 28%, tetapkan TP 79 sen sesaham  | DagangNews Skip to main content

RHB Investment unjur UMediC Group catat CAGR 28%, tetapkan TP 79 sen sesaham 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Okt - RHB Investment mengunjurkan UMediC Group Bhd (UMC) mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 28% selama tiga tahun. 

 

Firma penyelidikan itu juga menetapkan harga sasaran (TP) 79 sen sesaham berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan (P/E) sebanyak 20x pada 2025. 

 

RHB Investment berkata, unjuran ditetapkannya adalah adil memandangkan pasaran permodelan kumpulan yang lebih kecil.

 

"UMC telah menyiapkan kilang baharunya bagi memenuhi permintaan melebihi bekalan sedia ada, syarikat itu akan meningkatkan secara beransur-ansur kapasiti pengeluarannya. 

 

"Syarikat sedang berusaha mengeluarkan 600,000 botol sebulan menjelang akhir 2024, sebelum menggandakannya kepada 1.1 juta botol pada suku kedua 2025. 

 

"Pertumbuhan pendapatan syarikat juga disokong oleh pengeluaran peranti perubatan, peningkatan perbelanjaan dalam industri penjagaan kesihatan, dan pemerolehan proaktif dan mengembangkan peranti perubatannya," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini. 

 

Katanya, kumpulan itu juga akan terus melancarkan produk baharu bagi mempelbagaikan dan melengkapkan perniagaan sedia ada, seperti penderia pemantauan pelembap digital dan meter aliran oksigen digital. 

 

"UMC telah secara aktif melabur dalam produk baharu untuk mengembangkan penawarannya serta memperoleh 70% kepentingan dalam pengedar peralatan makmal, Patho Solutions bagi memacu pertumbuhannya. 

 

"Sementara itu, syarikat tersebut juga telah mengambil alih dua anak syarikat tahun ini bagi mengedarkan pemasangan rumusan peranti perubatan," katanya.- DagangNews.com