SAIC Motor Malaysia umum pembukaan rasmi empat pengedar baharu MG Motor | DagangNews Skip to main content

SAIC Motor Malaysia umum pembukaan rasmi empat pengedar baharu MG Motor

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 11 Okt - SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi empat lagi pengedar MG Motor iaitu MG Motor Balakong, MG Motor Klang, MG Motor Muar dan MG Motor Skudai dalam usaha memperluaskan empayar perniagannya kepada 35 pengedar di seluruh negara.

 

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Emory QiFeng dan Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia, Lee Wen Hsiang.

 

Pertambahan MG Motor tersebut adalah sebahagian daripada rancangan untuk membina rangkaian 35 pengedar di seluruh negara, bagi meluaskan jangkauan serta mengukuhkan komitmen SAIC Motor Malaysia terhadap perkhidmatan selepas jualan yang cekap.

 

Pengedar-pengedar terbabit mempamerkan model terbaharu MG5, MG4 EV, MG ZS EV dan MG HS yang akan datang. 

 

Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan lengkap untuk pelanggan, termasuk perundingan kenderaan hingga penjagaan selepas jualan dengan penasihat dan juruteknik terlatih akan memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti untuk penyelenggaraan, pembaikan dan pembiayaan.

 

Emory berkata, pembukaan empat lagi cawangan itu menandakan komitmennya untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan rangkaian penuh produk syarikat.

 

"Dengan pengedar baharu ini, kami lebih bersedia untuk menyediakan kualiti, penjagaan dan kemudahan yang pelanggan kami perlukan," katanya dalam satu kenyataan.

 

MG Motor Malaysia kini mempunyai 15 pengedar, dengan lebih banyak lokasi yang akan dibuka tidak lama lagi. 

 

Perkembangan rangkaian itu direka untuk memberikan pelanggan setia akses yang lebih mudah kepada kenderaan MG dan perkhidmatan penuh di seluruh Malaysia, memudahkan mereka merasai masa depan mobiliti.

 

Antara pengedar sah Motor MG ialah MG Motor Chan Sow Lin di Kuala Lumpur; MG Motor Setia Alam di Selangor; MG Motor Plentong di Johor; MG Motor Melaka di Melaka; MG Motor Seremban di Negeri Sembilan;  MG Motor Juru di Penang; dan MG Motor Alor Setar di Kedah. - DagangNews.com