KUALA LUMPUR 5 Dis - Sapura Energy Bhd menjelaskan bahawa ia masih belum menyerahkan cadangan pelan penyelarasannya kepada Bursa Malaysia Securities untuk kelulusan.
Syarikat itu merujuk kepada laporan berita The Star pada 23 Nov berkenaan penyiapan cadangan pelan penyelarasannya dan keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Menurut Sapura, kenyataan berhubung garis masa yang disebut dalam artikel itu "adalah sasaran aspirasi, walaupun terlalu optimistik dan bersyarat, antara lain, atas kelulusan yang diperlukan untuk cadangan pelan penyusunan semula syarikat."
"Kenyataan itu bertujuan menggambarkan bahawa syarikat sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk berada dalam kedudukan bagi menyerahkan pelan penyusunan semulanya kepada Bursa Malaysia sebelum akhir 2025," katanya.
Sapura Energy menambah, para pengarahnya sedar mengenai tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang, garis panduan dan keperluan yang berkaitan dengan keluar PN17.
“Untuk makluman, syarikat telah mengemukakan permohonan lanjutan masa berhubung cadangan pelan penyusunan semula kepada Bursa Malaysia pada 18 Nov untuk kelulusannya dan kami sedang menunggu kelulusannya.
"Oleh itu, cadangan pelan penyelarasan syarikat itu masih belum dikemukakan kepada Bursa untuk kelulusannya pada ketika ini," katanya. - DagangNews.com