KUALA LUMPUR 17 Dis - Scanwolf Corporation Bhd menerusi Scanwolf Builders Sdn Bhd menerima kontrak RM6 juta daripada Golden Rainbow View Sdn Bhd bagi pembinaan galeri jualan di Lot 3342 Seksyen 41, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Kumpulan itu berkata, kontrak itu merangkumi kerja-kerja membina dan menyiapkan pembinaan galeri jualan dua tingkat tetapi tidak melibatkan kerja reka bentuk dalaman.
"Ia dijangka siap dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kontrak itu menandakan kejayaan kumpulan dalam kepelbagaian strategi yang dijangka menyumbang secara positif bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.
Dengan kemasukan kontrak ini, buku pesanan semasa kumpulan kini berjumlah kira-kira RM15.73 juta.
"Kejayaan pelaksanaan projek ini bukan sahaja akan meningkatkan kedudukan kewangan kumpulan tetapi juga mengukuhkan reputasinya sebagai rakan kongsi pembinaan yang dipercayai dalam industri," katanya.
Memandangkan kumpulan akan terus mengembangkan portfolionya, ia kekal menumpukan pada penyampaian rumusan berkualiti tinggi, tepat pada masanya dan kos efektif untuk memenuhi keperluan pasaran. - DagangNews.com