Sistem C4ISR perkasa operasi APMM termasuk memastikan aset pertahanan negara tidak boleh dikesan radar | DagangNews Skip to main content

Sistem C4ISR perkasa operasi APMM termasuk memastikan aset pertahanan negara tidak boleh dikesan radar

Penggunaan sistem C4ISR dapat menggandakan keupayaan pengawasan APMM.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 15 Nov - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menggunakan sistem C4ISR bermula tahun hadapan bagi melengkapkan keperluan operasi agensi tersebut.

 

Sistem C4ISR ini merangkumi pusat perintah, kawalan, komunikasi, komputer, perisikan, pengawasan dan peninjauan.

 

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, penggunaan sistem C4ISR itu sekali gus melengkapkan keperluan operasi APMM sejak ditubuhkan 18 tahun lalu.

 

 

Menurut beliau, sistem C4ISR penting bagi memastikan Pusat Operasi Maritim (POMAR) dapat berfungsi dengan efektif dan lancar.

 

Kapal

 

“Ini khususnya dalam menerima serta menganalisis maklumat yang berkaitan dengan ancaman maritim, aktiviti jenayah terutamanya di kawasan hotspot sempadan perairan negara.

 

“Selain itu, ia juga mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat di perairan negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.

 

Jelas beliau, melalui penggunaan C4ISR, APMM dapat menyelaraskan operasi dengan pantas dan tepat, sekali gus membolehkan pegawai dan anggota di lapangan bertindak lebih cekap terhadap sebarang situasi.

 

“C4ISR mempunyai 3 sistem utama iaitu Malaysia Coast Guard Maritime Domain Awareness (MCGMDA) iaituintegrasi Maritim Malaysia bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Jabatan Laut Malaysia bagi pemantauan kapal-kapal yang mempunyai sistem Automatic Identification System (AIS).

 

Kapal

 

Kapal

 

“MCGVTMS (Malaysia Coast Guard Vesel Tracking and Monitoring System) pula merupakan sistem bagi memantau aset-aset kita menggunakan Secured Automatic Identification System.

 

“Ia bagi memastikan lokasi aset APMM ini tidak boleh dikesan menggunakan radar. 

 

“Manakala MCGIIS (Malaysia Coast Guard Intelligence Information System) merupakan sistem bagi menganalisis data dan maklumat berkenaan jenayah rentas sempadan, hotspot dan ancaman maritim,” tambah beliau.

 

Mohd Rosli mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saiffudin Nasution Ismail yang memaklumkan bahawa kerajaan akan mengaplikasikan aspek teknologi dan inovasi dalam meningkatkan kawalan sempadan.

 

Dalam hal yang berkaitan, Mohd Rosli turut memaklumkan bahawa APMM akan membangunkan MCGNet (Malaysia Coast Guard Network) dalam mengukuhkan dan memartabatkan lagi komunikasi antara aset di laut dan udara seperti yang terkandung dalam C4ISR.

 

Kapal

 

Kapal

 

“Penggunaan C4ISR ini bakal mengukuhkan lagi pengawasan di Zon Maritim Malaysia daripada segala ancaman dan jenayah maritim dengan lebih efisien dan efektif,” tambah beliau.

 

C4ISR dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya sekitar bulan Februari tahun depan melibatkan integrasi sistem milik APMM di enam negeri.

 

Antaranya Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Stesen Udara Maritim Subang, serta agensi keselamatan yang telah menggunakan sistem sama seperti Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. - DagangNews.com