Sorento Capital tetapkan IPO pada 37 sen sesaham bagi mengumpul RM84.7 juta di Pasaran ACE | DagangNews Skip to main content

Sorento Capital tetapkan IPO pada 37 sen sesaham bagi mengumpul RM84.7 juta di Pasaran ACE

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Okt - Pengedar peralatan bilik mandi dan dapur, Sorento Capiral Bhd menetapkan harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 37 sen sesaham bagi mengumpul RM84.73 juta di Pasaran ACE.

 

IPO yang dicadangkan itu melibatkan terbitan awam sebanyak 155 juta saham baharu dan tawaran untuk penjualan sehingga 74 juta saham sedia ada, menurut prospektus yang dilancarkan pada Isnin. 

 

Secara keseluruhannya, penyenaraian itu menawarkan pelabur sehingga 26.62% kepentingan dalam syarikat itu.

 

Tawaran iitu akan ditutup pada 15 Oktober, dan penyenaraian telah dijadualkan pada 28 Oktober 2024.

 

Pengarah Eksekutif Sorento Capital, Jayden Loo Jing Kai berkata, hasil daripada IPO itu membolehkan pihaknya mengukuhkan sokongan kepada peniaga melalui subsidi.

 

"Kami juga merancang untuk mengambil kira-kira 200 pengedar baharu di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan dating," katanya.

 

Di bawah terbitan awam yang akan mengumpul RM57.35 juta, syarikat memperuntukkan 43 juta saham baharu kepada orang ramai, 16 juta saham untuk orang yang layak, dan 96 juta saham kepada pelabur yang diluluskan Bumiputera melalui penempatan persendirian.

 

Lebih separuh daripada hasil akan diperuntukkan untuk pembelian inventori. Syarikat itu juga akan menggunakan 10% untuk penjenamaan dan promosi, dan 10% lagi untuk pengembangan rangkaian pengedarnya.

 

Sorento juga akan menggunakan 16% untuk membayar balik pinjaman bank, dan selebihnya untuk membayar perbelanjaan penyenaraian.

 

“Bagi memacu pertumbuhan kumpulan, kami menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan dalam jualan berasaskan projek, menyasarkan segmen bangunan seperti rumah mampu milik, hotel dan pejabat. 

 

"Ini akan melibatkan kedua-dua projek pembinaan dan pengubahsuaian baharu," kata Jayden.

 

Sorento juga merupakan pengedar sah bagi produk barangan sanitari bilik mandi dan dapur jenama mewah, termasuk pengedaran bukan eksklusif jenama Jerman "Bravat", dan pengedaran eksklusif jenama Sepanyol "Infinity" di Malaysia.

 

Tawaran jualan itu melibatkan penempatan persendirian dan pelabur Bumiputera diluluskan akan mengaut hasil RM27.38 juta, yang akan terakru sepenuhnya kepada Pengarah Urusan Sorento Capita,l Loo Chai Lai, yang merupakan bapa Jayden.

 

Alliance Islamic Bank merupakan penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO.- DagangNews.com