TA Securities mulakan liputan ke atas Samaiden dengan saranan 'beli', TP RM1.30 sesaham | DagangNews Skip to main content

TA Securities mulakan liputan ke atas Samaiden dengan saranan 'beli', TP RM1.30 sesaham

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Okt - TA Securities memulakan liputan ke atas Samaiden Group Bhd dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM1.30 sesaham.

 

Katanya, disokong rekod prestasi kukuh dalam industri kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) tenaga boleh diperbaharui (RE), kumpulan itu menjadi penerima manfaat utama daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan penembusan RE di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

 

Firma penyelidikan itu berkata, menerusi program itu juga, ia memerlukan pemasangan RE tahunan sebanyak empat kali ganda dalam tempoh 25 tahun untuk mencapai sasaran penembusan RE sebanyak 70%.

 

"Pengembangan buku pesanan semakin pantas didorong oleh anugerah EPCC yang akan datang untuk projek Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) dan LSS5, yang boleh menggandakan hasil dengan mudah menjelang FY26.

 

"Pendapatan berulang ditetapkan untuk berkembang secara eksponen memandangkan pengembangan kapasiti berlipat kali ganda didorong oleh kapasiti CGPP dan biojisim FiT yang dijamin baru-baru ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

TA Securities berkata, kumpulan itu menyasarkan kontrak EPCC 200MWac di bawah lelongan 2GW LSS5 yang dilihat meningkatkan buku pesanannya sebnayak dua kali ganda sekiranya menjadi kenyataan.

 

Setakat ini, kumpulan itu sedang melaksanakan projek bernilai RM404.7 juta, mewakili 1.8x rekod pendapatan FY24.

 

Penurunan harga modul solar, lebih separuh daripada paras puncak pada 2021, mencadangkan ruang untuk peningkatan margin dalam projek baharu yang akan datang.

 

"Samaiden menyasarkan peningkatan pendapatan berulang sebanyak 10% daripada hasil bagi tempoh lima tahun akan datang dengan sebahagiannya disokong oleh 52MWac (30MWac bersih) kapasiti CGPP dan FiT terjamin yang dijadualkan untuk tiga tahun akan datang," katanya. - DagangNews.com