KUALA LUMPUR 9 Dis – Tune Protect Malaysia, anak syarikat Insurans Am bagi Tune Protect Group Berhad kini memudahkan untuk mendapat insurans perjalanan bagi semua melalui pelancaran Travel Easy Instant Travel Claims Payout yang kini boleh diakses melalui aplikasi mudah alih Tune Protect.
Ciri ini mempermudahkan proses tuntutan, menawarkan pengalaman digital sepenuhnya tanpa kerumitan dengan bayaran segera melalui DuitNow sebaik sahaja tuntutan diluluskan.
Travel Easy ialah produk insurans perjalanan yang memberikan perlindungan untuk penerbangan bagi semua syarikat penerbangan.
Ciri Instant Travel Claims Payout merupakan inovasi terkini yang diperkenalkan untuk mempercepatkan proses tuntutan, terutamanya untuk manfaat kelewatan perjalanan.
Dengan menghapuskan dokumentasi yang tidak perlu seperti jadual perjalanan dan pengesahan kelewatan untuk tempoh antara 3 hingga 9 jam, proses penghantaran tuntutan kini dapat dijalankan sepenuhnya tanpa kertas melalui sistem digital.
Pengembara boleh menghantar tuntutan melalui aplikasi dan bayaran diproses pada hari kelulusan melalui DuitNow, memberikan pembayaran balik segera.
Pemegang polisi individu Travel Easy boleh menerima RM200 untuk tiga jam pertama kelewatan yang lengkap, diikuti tambahan RM200 untuk setiap enam jam berikutnya. Ciri ini menakrifkan pengalaman baharu yang lebih mudah dan cekap serta memberikan pengalaman tuntutan yang lebih pantas dan lancar.
“Pengembara pada hari ini mahukan penyelesaian yang pantas dan mudah, dan ciri Instant Travel Claims Payout kami direka untuk memenuhi keperluan tersebut. Kami telah mengintegrasikan teknologi digital terkini untuk menawarkan kelajuan, kemudahan, dan keselamatan yang mereka perlukan. Dengan memanfaatkan data penerbangan masa nyata untuk pengesahan tuntutan dan menggunakan DuitNow untuk pembayaran segera, kami memastikan proses tuntutan berjalan dengan lancar dan sepantas mungkin,” kata Jubin Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif, Tune Protect Malaysia.
Tambah beliau, “Proses kami yang sepenuhnya digital tanpa kertas membolehkan pengembara menghantar tuntutan dengan efisien dan mudah di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Ini memastikan pengalaman yang lancar dan bebas tekanan, terutama apabila ia paling diperlukan.
"Dengan menggunakan teknologi canggih seperti Robotic Process Automation (RPA), kami telah mengautomasi keseluruhan proses penilaian tuntutan daripada proses pendaftaran sehinggalah kepada pembayaran. Ini bukan sahaja menghapuskan kerja kertas yang membebankan tetapi juga mempercepatkan kelulusan dan pembayaran dengan kadar segera bagi memberikan perkhidmatan insurans yang lebih baik untuk pelanggan kami.”
Tune Protect mengekalkan komitmen 3:3:3, di mana pelanggan boleh membeli polisi dalam masa 3 minit, menerima maklum balas dalam masa 3 jam, dan menerima bayaran tuntutan dalam masa 3 hari bekerja.
Pengenalan Travel Easy Instant Travel Claims Payout memperkukuhkan lagi komitmen ini dengan memendekkan masa pemprosesan bagi mereka yang memilih DuitNow sebagai kaedah pembayaran balik, dengan pembayaran dilakukan pada hari yang sama setelah diluluskan.
Panduan untuk Menghantar Tuntutan Instant Travel Claims Payout:
- Buka aplikasi Tune Protect dan pergi ke bahagian tuntutan
- Isikan borang tuntutan yang telah dipermudahkan, pilih manfaat Travel Delay dan DuitNow sebagai kaedah pembayaran balik pilihan
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan (hanya untuk kelewatan melebihi 9 jam, tiada dokumen sokongan diperlukan untuk kelewatan di bawah 9 jam)
- Klik hantar untuk langkah pemprosesan
Pegembara yang berminat untuk membeli Travel Easy boleh menikmati diskaun 25% segera apabila membeli secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut tentang Tune Protect dan ciri Instant Travel Claims Payout, sila layari https://shop.tuneprotect.com/travel-insurance/ atau muat turun aplikasi mudah alih Tune Protect dari App Store atau Google Play Store. - DagangNews.com