Untung bersih Eurospan pada 1QFY25 melonjak kepada RM23.3 juta didorong penjualan 2 anak syarikat | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Eurospan pada 1QFY25 melonjak kepada RM23.3 juta didorong penjualan 2 anak syarikat

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Okt - Untung bersih Eurospan Holdings Bhd pada suku pertama berakhir 31 Ogos 2024 (1QFY25) melonjak kepada RM23.3 juta berbanding RM4.1 juta bagi suku sama tahun sebelumnya didorong penjualan dua anak syarikatnya pada suku berkenaan.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pelupusan Dynaspan Furniture Sdn Bhd dan Eurospan Furniture Sdn Bhd siap sepenuhnya pada 2 Julai dan 6 Ogos 2024.

 

"Pelupusan hartanah itu menyumbang kepada hasil kumpulan sebanyak RM27.84 juta," katanya.

 

Kumpulan itu bagaimanapun hasil kumpulan bagi suku berkenaan susut kepada RM5.81 juta berbanding RM6.99 juta pada suku sama tahun lalu.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu meramalkan persekitaran yang lebih mencbar untuk tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025.

 

Katanya, mereka akan meneruskan usaha bagi mengurangkan kesan ke atas hasil operasinya.

 

"Pasaran global kekal mencabar dengan konflik berterusan Israel-Palestin berterusan, Perang Rusia-Ukraine dan peningkatan inflasi global," katanya. - DagangNews.com