Untung bersih LPI Capital sebanyak RM303.2 juta dalam jangkaan, walupun mengalami tekanan akibat penurunan tarif industri - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Untung bersih LPI Capital sebanyak RM303.2 juta dalam jangkaan, walupun mengalami tekanan akibat penurunan tarif industri - Kenanga Research

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Okt - Keuntungan bersih 9MFY24 LPI Capital sebanyak RM303.2 juta dianggap dalam jangkaan walaupun sektor insurans kelas kebakarannya mengalami tekanan akibat penurunan tarif industri, kata Kenanga Research. 

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan LPI akan memanfaatkan kelebihan kukuh selepas kepentingannya diambil alih oleh Public Bank Berhad (PBB). 

 

"Ini termasuk memanfaatkan rangkaian cawangan PBB, menjalankan lebih banyak jualan silang dan memanfaatkan perniagaan pinjaman bank itu yang bakal menyumbang kepada aliran masuk yang lebih tinggi.

 

"Untung bersih LPI yang mewakili 80% daripada unjuran tahunan sejajar dengan ramalan kami akibat tuntutan insurans meningkat semasa pergerakan bermusim yang lebih tinggi dan pendapatan dividen untuk mengecil.

 

"Dari segi tahun-ke tahun (YoY) keuntungan bersih 9MFY24 menaik sebanyak  29% didorong oleh pengembalian semula rizab insurans akibat banjir. 

 

"Keuntungan bersih LPI emngembang 59% pada suku ketiga tahun kewangan 2024 (3QFY24)didorong oleh tuntutan yang lebih rendah dalam insurans kelas kebakaran.

 

"Selain itu, pendapatan dividen juga menyokong pertumbuhan pada 3QFY24 didorong oleh pembayaran dua kali setahun semasa tempoh  pendapatan pelaburan yang merangsangkan," kata Kenanga dalam satu nota penyelidikan, hari ini. 

 

Kenanga Research mengekalakan unujuran saranan 'outperform' terhadap LPI dengan Harga sasaran (TP) RM5.10 sesaham. 

 

"Penilaian premium LPI juga mungkin disokong oleh pengambilihan oleh  Public Bank yang bakal mengukuhkan lagi sinergi.

 

"Sementara itu, kami mengekalkan unjuran memandangkan ramalan kami belum mencerminkan  keuntungan sinergi daripada PBB. 

 

"Kami meramalkan pendapatan FY25 LPI dijangka turun 3% akibat pengurangan pembalikan dalam rizab insurans semula yang dilihat pada FY24," katanya.- DagangNews.com