Akhirnya keputusan membatalkan kontrak sewaan 4 buah helikopter Sikorsky UH-60+ Black Hawk kepada syarikat yang memenangi tender tersebut dimuktamadkan.
Notis pembatalan kontrak sewaan telah dikemukakan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan disahkan oleh menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Jelas beliau, tindakan itu selepas syarikat terbabit gagal memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan iaitu Oktober lalu.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7434442513286434056.jpg?itok=EzEHL_Yc","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7434442513286434056?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Sebelum ini MINDEF memaklumkan akan menilai perjanjian sewaan itu setelah beberapa kali tertangguh.
Kontrak sewaan 4 helikopter Black Hawk diberi kerajaan kepada syarikat tempatan, Aerotree Defence and Services selama lima tahun bernilai RM187 juta.
Mengikut perancangan, helikopter pertama sepatutnya dihantar pada November tahun lalu, tetapi tarikh akhir itu ditunda ke April tahun ini sebelum dilanjutkan pada Mei dan Oktober.
Walaupun sewaan Black Hawk dibatalkan, namun Mindef masih meneruskan hasrat untuk mendapatkan helikopter pengganti dengan kaedah sama iaitu sewaan.
Kaedah sewaan berkonsepkan ‘Government Operate, Company Own and Maintain’ (GOCOM) sebagai langkah sementara sehingga helikopter sebenar dibeli.
Dengan pembatalan tersebut, persoalan yang timbul ialah syarikat manakah bakal mengisi kekosongan ini?
Ini kerana perkhidmatan sewaan helikopter atau pesawat tidak boleh ditawarkan secara sebarangan kerana syarikat tersebut perlu mempunyai kemampuan.
Syarikat wajib memiliki ekosistem yang lengkap terutamanya dalam aspek penyelenggaraan, alat ganti dan mempunyai jumlah pesawat tambahan jika diperlukan.
Bermakna sekiranya helikopter yang disewa berdepan masalah, syarikat dalam masa yang diperlukan dapat menyediakan pesawat pengganti supaya pelanggan iaitu Tentera Darat dapat terus beroperasi.
Berdasarkan kebolehan ini, kemungkinan besar syarikat tempatan, Westar Aviation Services Sdn. Bhd. dijangka menawarkan perkhidmatan sewaan tersebut.
Weststar Aviation bukanlah pemain baharu, malah syarikat berkenaan juga merupakan vendor yang menyewakan 4 buah helikopter jenis Leonardo AW139 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Khidmat sewaan sejak tahun 2022 ini bagi menggantikan Sikorsky S-61 Nuri sebagai langkah sementara.
Sekiranya dipilih sebagai vendor baharu, ia juga tidak mengejutkan kerana Westar Aviation telah disebut-sebut hendak menawarkan sewaan 12 buah helikopter AW149 kepada TUDM.
Justeru, kemungkinan helikopter jenis sama hendak ditawarkan sebagai pengganti Black Hawk.
Logiknya pula, penggunaan helikopter jenis sama memberi kelebihan daripada aspek logistik.
Weststar Aviation juga merupakan pengendali perkhidmatan penerbangan luar pantai menggunakan pesawat AW139 keempat terbesar di dunia.
Syarikat itu menyediakan perkhidmatan sewaan helikopter kepada syarikat minyak dan gas seperti Esso Production Malaysia Inc. dan Petronas Carigali Sdn. Bhd.
Ia merupakan penyedia perkhidmatan helikopter luar pesisir terbesar di Asia Tenggara dengan helikopter dianggarkan lebih 40 buah.
Kumpulan itu juga peneraju dalam perkhidmatan tersebut melibatkan kerja-kerja mengangkut pekerja ke pelantar pengeluaran dan pelantar penggerudian luar pantai.
Weststar Aviation dipercayai menjadi syarikat penerbangan swasta yang memiliki jumlah helikopter buatan Leonardo terbesar di dunia.
Justeru, syarikat ini mempunyai sokongan baik daripada pihak Leornado Helicopters yang berpengkalan di Itali. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/UkbIfe8BPPE.jpg?itok=jy5PeyLx","video_url":"https://youtu.be/UkbIfe8BPPE","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}