WTK Holdings beli 15% ekuiti dalam DuraFarm daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak berharga RM28.32 juta | DagangNews Skip to main content

WTK Holdings beli 15% ekuiti dalam DuraFarm daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak berharga RM28.32 juta

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 19 Dis - Syarikat berpangkalan di Sibu, Sarawak, WTK Holdings Bhd mahu mengambil alih 15% pegangan dalam Durafarm Sdn Bhd dengan wang tunai RM28.32 juta.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, WTK berkata anak syarikat milik penuhnya, BioFarm Venture Sdn Bhd memeterai perjanjian pembelian saham daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) untuk memperoleh 2.1 juta saham, mewakili 15% kepentingan ekuiti dalam Durafarm.

 

 

 

Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak

 

 

Pada 5 Januari lalu, BioFarm Venture menyelesaikan pembelian 70% kepentingan ekuiti dalam Durafarm daripada Ocarina Development Sdn Bhd dengan wang tunai RM132.2 juta.

 

"Setelah selesai cadangan pengambilalihan, BioFarm Venture akan meningkatkan kepentingan ekuitinya dalam Durafarm daripada 85% kepada 100%," kata WTK.

 

Durafarm terlibat terutamanya dalam perniagaan penanaman dan pengurusan ladang kelapa sawit di Betong dan Sri Aman, Sarawak dengan pasaran utama untuk penjualan tandan buah segar di wilayah Sarawak. - DagangNews.com