Top Glove bakal dapat manfaat potensi pemulihan permintaan sarung tangan getah - UOB Kay Hian | DagangNews Skip to main content

Top Glove bakal dapat manfaat potensi pemulihan permintaan sarung tangan getah - UOB Kay Hian

KUALA LUMPUR 25 Julai - Top Glove Corp Bhd bakal mendapat manfaat potensi pemulihan permintaan daripada kitaran penyimpanan semula oleh pengedar, kitaran purata harga jualan (ASP) pengeluar serantau dan potensi kemerosotan ketegangan perdagangan AS-China, kata UOB Kay Hian (UOBKH) Research.

 

Selain itu, UOBKH Research berkata berbilang tailwinds (perkara atau peristiwa yang mempengaruhi perniagaan) akan menjadi kenyataan pada suku tahun akan datang.

 

Jelasnya, tailwinds itu termasuk peningkatan permintaan pelanggan, pengembangan margin kecekapan baik, rasionalisasi bekalan, kitaran semula ASP merentas pengeluar utama dan kos input stabil.

 

UOBKH Research juga berkata Top Glove bakal mencatat pendapatan lebih kukuh secara berturutan pada suku keempat tahun kewangan 2024 (4Q24) hingga 4Q25, didorong pemulihan permintaan, peningkatkan margin di tengah-tengah kecekapan kos dan penggunaan kapasiti yang lebih baik.

 

Jumlah jualan bulanan kumpulan telah bertambah baik daripada sekitar 2 bilion keping pada Disember 2023 kepada 2.8 bilion keping pada Julai 2024, mendorong kadar penggunaan semasanya kepada kira-kira 50%.

 

UOBKH Research juga berkata permulaan kitaran kenaikan ASP menandakan peningkatan harga berterusan.

 

Sementara itu, UOBKH berkata faktor positif ASP bakal menaikkan tarif sebanyak 25% ke atas sarung tangan gred perubatan China ditetapkan untuk mengukuhkan industri sarung tangan Malaysia. 

 

"Kami tidak menolak kemungkinan dasar eksport yang rugi daripada Amerika Syarikat-China.

 

“Dengan tarif 25% yang dikenakan ke atas anggaran ASP sarung tangan China sebanyak AS$19 hingga AS$20 bagi setiap 1,000 keping menjelang 2026. 

 

“Pembuat sarung tangan Malaysia berkemungkinan akan memperoleh ASP sebanyak AS$24 hingga AS$25 bagi setiap 1,000 keping, mengekalkan kadar penggunaan optimum melebihi 90%,” ujar firma penyelidikan itu.

 

Dalam perkembangan lain, firma penyelidikan itu berkata Pelan Pemulihan Top Glove (T6) berada di landasan yang betul.

 

Pelan itu melibatkan pelupusan RM300 juta dalam bank tanah bukan teras, dengan RM250 juta telah siap.

 

“Daripada RM250 juta itu, kira-kira RM200 juta telah direalisasikan pada suku ketiga berakhir (3Q24), dengan RM50 juta lagi akan direalisasikan pada 4Q24,” ujar firma  penyelidikan itu.- DagangNews.com