UEM Sunrise lantik 2 pengarah baharu | DagangNews Skip to main content

UEM Sunrise lantik 2 pengarah baharu

Chari Thandalam Veeravalli Thirumala dan Poh Ying Loo.

Chari Thandalam Veeravalli Thirumala dan Poh Ying Loo.

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Syarikat UEM Sunrise melantik dua pengarah baharu iaitu Chari Thandalam Veeravalli Thirumala dan Poh Ying Loo.

Kedua-dua individu tersebut dilantik sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif.

Pelantikan yang berkuat kuasa hari ini dilakukan berikutan peletakan jawatan oleh Subimal Sen Gupta Sen dan Anwar Syahrin Abdul Ajib pada bulan lalu, lapor Berita Harian.

Chari Thandalam merupakan seorang akauntan bertauliah yang memiliki pengalaman yang lama di Hewlett Packard Malaysia.

Beliau yang berumur 64 tahun itu turut berkhidmat di Celcom Axiata Bhd. dan Axiata Group Bhd. sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan.

Kini, beliau merupakan seorang perunding kepada beberapa syarikat multinasional serta syarikat awam.

Sementara itu, Ying Loo yang juga seorang akauntan dan mempunyai pengalaman kerja lebih daripada 35 tahun dalam pelbagai industri termasuk audit pembuatan dan penjualan.

Selain itu, beliau turut melibatkan diri dalam industri peruncitan.

Ying Loo yang berumur 58 tahun itu pernah berkhidmat di Aeon Co (M) Bhd. selama 24 tahun.

Semasa menjalankan tugas di syarikat berkenaan, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan bersara sebagai Pengarah Eksekutif.

Jawatan terakhir itu dipegang sejak bulan Mei 2011. - DagangNews.com