Ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China: BEST Express Malaysia perkasa landskap logistik Melaka | DagangNews Skip to main content

Ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China: BEST Express Malaysia perkasa landskap logistik Melaka

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mei - Bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China, BEST Express Malaysia memperkasa landskap logistik Melaka dengan rumusan teknologi terkini serta perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada komuniti. 

 

Dengan menggabungkan kemudahan moden dan teknologi terkini, BEST Express Malaysia memenuhi pelbagai keperluan logistik, menyokong perniagaan tempatan, dan memacu pertumbuhan ekonomi serantau.

 

Ketua Eksekutif BEST Inc. Malaysia, Gavin Lu, berkata, semasa sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China, pihaknya berbangga menjadi antara syarikat China yang berakar umbi di Malaysia, menyaksikan detik bersejarah ini. 

 

Beliau berkata, keunggulan dan inovasi dalam bidang logistik lebih memperkukuhkan hubungan rapat antara kedua-dua negara.

 

"Budaya dan sejarah yang kaya di Melaka memberi kami peluang yang sangat baik untuk menyokong perniagaan tempatan dan penduduk. Matlamat kami adalah untuk menggabungkan kepentingan sejarah bandar ini dengan penyelesaian logistik moden, memastikan komuniti menikmati perkhidmatan penghantaran yang lancar dan cekap. 

 

best

 

"BEST Express Malaysia memberi komitmen untuk memanfaatkan bakat tempatan, menyumbang kepada ekonomi, dan memajukan pembangunan komuniti. 

 

"Teknologi terkini dan perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada pelanggan meningkatkan pengalaman penduduk dan perniagaan, menjadikan setiap penghantaran lebih daripada sekadar bungkusan, tetapi sebagai penghubung kepada warisan unik Melaka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

BEST Express Malaysia berazam untuk mengukuhkan jenama BEST di Melaka, dengan komitmen kepada pelaburan jangka panjang dan hubungan komuniti yang kukuh. 

 

Perkhidmatan syariat itu direka khas untuk memenuhi keperluan unik komuniti tempatan, dari individu ke perniagaan, memastikan perkhidmatan yang terbaik dan boleh dipercayai.

 

Gavin berkata, objektif syarikat itu adalah untuk menjadi rakan penghantaran yang dipercayai di Melaka, dengan menyediakan perkhidmatan cemerlang dan memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan. 

 

best

 

Beliau berkata, BEST Express Malaysia lebih daripada sebuah syarikat kurier dengan rumusan logistik menyeluruh, termasuk penghantaran kargo, logistik rentas sempadan, penyelesaian rantaian bekalan, dan SaaS. 

 

"Kami sedia untuk menyokong keperluan pelanggan-pelanggan kami, memacu pertumbuhan dan kejayaan di seluruh kawasan," katanya.

 

Melihat ke hadapan, BEST Express Malaysia akan terus memacu pembangunan melalui inovasi, mengoptimumkan rangkaian logistik dan tahap perkhidmatan untuk memenuhi tuntutan pasaran yang berubah dengan cepat. 

 

Syarikat perkhidmatan logistik ini yakin bahawa melalui peningkatan teknologi yang berterusan dan inovasi perkhidmatan, mereka dapat menyediakan pengalaman logistik yang lebih unggul kepada pelanggan dan menyumbang secara signifikan kepada kemakmuran Melaka dan Malaysia secara keseluruhannya.

 

best

 

Selain itu, BEST Express Malaysia akan memperkuatkan kerjasama dengan komuniti tempatan dan perniagaan untuk memperkukuh pembangunan ekonomi tempatan. 

 

Gavin berkata, dengan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, mereka bertujuan untuk menyuntik kehidupan baru di bandar bersejarah Melaka, menjadikan teknologi logistik moden sebagai penghubung antara tradisi dan masa depan.

 

"Bagi mempromosikan pembangunan sektor logistik Melaka, BEST Express Malaysia sedang mencari bakat dan rakan kongsi baru untuk menyertai pasukan kami. 

 

"Kami yakin bahawa dengan mengumpulkan pelbagai bakat dan sumber, kami dapat bersama-sama memajukan inovasi dan pembangunan logistik di Melaka, mencipta ekosistem logistik yang lebih cekap dan moden. Kami berharap untuk bekerja dengan lebih banyak rakan kongsi untuk mencipta masa depan yang lebih cerah," katanya.

 

best

 

Sempena than bersejarah ini, BEST Express Malaysia bersama-sama dengan penduduk Melaka, merangkul masa depan yang lebih cerah. 

 

Syarikatnya berjanji untuk mengekalkan falsafah ‘berorientasikan kepada pelanggan’, dengan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, serta menunjukkan komitmen positif dalam masa jangka panjang di Melaka serta penduduknya. - DagangNews.com