UOA Development diunjur terus fokus kepada pembangunan kediaman kelas petengahan, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

UOA Development diunjur terus fokus kepada pembangunan kediaman kelas petengahan, kata Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Mei - UOA Development Bhd diunjur terus memberi tumpuan kepada pembangunan kediaman kelas pertengahan bagi mendepani kelemahan permintaan dalam pasaran hartanah semasa.

 

Kenanga Research berkata, kemajuan pembinaan Aster Hill dan Laurel Residences juga berada di landasan tepat untuk disiapkan menjelang FY26.

 

Katanya, Bamboo Hills Residences dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.4 bilion berada juga dilihat positif untuk dilancarkan pada separuh pertama tahun ini dengan jangkaan siap sepenuhnya pada 2029.

 

"Keterlihatan pendapatan kumpulan disokong jualan tidak dibil sebanyak RM311.7 juta, ditambah dengan aliran pendapatan sewa yang stabil, disokong oleh peningkatan penghunian di premis pejabat dan ruang runcitnya di Bamboo Hills dan Sphere.

 

"Selain itu, pendapatan bagi segmen hospitaliti (Komune Living & Wellness) akan dirangsang kehadiran pelanggan domestik dan antarabangsa," katanya dalam atu nota kjian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 7.8% kepada RM49.7 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024 berbanding RM46.1 juta setahun.

 

Pertumbuhan keuntungan bersih suku tahunan kumpulan kekal positif, walaupun penurunan hasil sebanyak 17.6% kepada RM70.25 juta pada 1QFY24, berbanding RM85.24 juta setahun sebelumnya, hasil daripada peningkatan dalam pendapatan lain yang dicatatkan.

 

Kumpulan itu mencatatkan peningkatan 20% atau RM14.94 juta dalam pendapatan lain kepada RM89.55 juta, daripada RM74.6 juta sebelumnya (1QFY23).

 

Firma penyelidikan itu menyukai kumpulan itu kerana strateginya alam memberi fokus kepada pembangunan hartanah kelas pertengahan, tumpuan kepada pembangunan di kawasan bandar dan disokong oleh tunai bersih sebanyak RM226.9 juta pada 1QFY24.

 

"Bagaimanapun, strategi pertumbuhannya yang agak berhati-hati mungkin tidak menarik minat pelabur yang fokus kepada pelaburan jangka pendek," katanya.

 

Kenanga Research menyemak turun penarafan kumpulan kepada 'underperform' berbanding 'market perform' dengan harga sasaran (TP) RM1.79 sesaham. - DagangNews.com