Vestland terima kontrak bernilai RM278.8 juta bagi pembinaan dua apartmen servis di Ara Damansara | DagangNews Skip to main content

Vestland terima kontrak bernilai RM278.8 juta bagi pembinaan dua apartmen servis di Ara Damansara

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Feb - Vestland Bhd menerusi Vestland Resources Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM278.8 juta daripada Sg. Besi Construction Sdn Bhd bagi pembinaan dua blok apartmen servis serta kemudahan berkaitan di Ara Damansara.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman dalam Bursa Malaysia berkata, menerusi kontrak itu mereka akan menjalankan kerja-kerja reka bentuk dan mebina selain mendapatkan kelulusan, penyiapan, ujian dan pentauliahan dua blok apartmen servis setinggi 30 dan 44 tingkat.

 

"Kontrak itu dijangka siap pada 4 Ogos 2026 bermula dari tarikh 5 Februari 2024," katanya.

 

Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham syarikat kerana tiada terbitan saham biasa baharu dalam syarikat.

 

Kontrak itu juga dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak dengan mengandaikan tiada kelewatan ketara dalam masa seperti yang dinyatakan.

 

Kontrak adalah dalam urusan perniagaan biasa untuk Vestland dan mereka tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan. - DagangNews.com