Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Volkswagen dalam siri jelajahnya di pusat beli-belah 1Utama bakal menampilkan empat model R-Line terbaharunya.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berkata, empat model tersebut adalah termasuk Passat R-Line, Arteon R-Line, Tiguan Allspace R-Line serta Tiguan Allspace Highline.
"Kesemua model yang dinanti-nantikan ini akan dipamerkan bermula 12 hingga 16 Ogos 2020.
"Model Vento JOINM Tuguan Highline, Golf R-Line dan Passat Elegance turut dipamerkan bagi tujuan pandu uji," jelas VPCM dalam satu kenyataan hari ini.
VPCM adalah pengedar rasmi kereta Volkswagen di Malaysia yang mengfokuskan strategi penjualan produk masa hadapan melalui pengukuhan rangkaian dan perkhidmatan penjualan Volkswagen.
Jelas VPCM lagi, siri jelajah tersebut turut menyediakan pelbagai tawaran menarik kepada pengunjung.
"Pengunjung yang membuat temoahan di siri jelajah Volkswagen ini akan mendapat rebat tambahan RM1,000 sepanjang promosi berlangsung.
"Siri jelajah ini akan berlangsung di Oval Centre Court, Aras G (New Wing), bermula 10 pagi hingga 10 malam," tambah VPCM.
Siri jelajah tersebut juga merupakan acara pertama Volkswagen yang dijalankan secara terbuka sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pengunjung juga disarankan mematuhi presedur pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan turut dijalankan sebelum menyertai siri jelajah tersebut.
"Kesemua kereta yang ditampilkan serta kenderaan pandu uji akan disanitasi dan dibersihkan secara berkala," jelas VPCM lagi. - DagangNews.com