Yayasan AirAsia jemput organisasi yang layak mohon geran Bantuan Banjir Malaysia | DagangNews Skip to main content

Yayasan AirAsia jemput organisasi yang layak mohon geran Bantuan Banjir Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 11 Jan - Yayasan AirAsia menjemput oraganisasi terlibat dengan bantuan pemulihan untuk mangsa banjir untuk memohon geran menerusi kempen Bantuan Banjir Malaysia bagi membiayai projek mereka.

 

Organisasi yang layak memohon adalah organisasi tidak berasakan keuntungan yang berdaftar dengan rekod prestasi baik dari segi bantuan dan pemulihan pasca bencana. 

 

Proses pemilihan akan mengutamakan cadangan untuk baik pulih infrastruktur yang rosak seperti balai raya, sekolah, klinik, jambatan atau kemudahan sanitasi. 

 

Organisasi yang ingin menjalankan program kesiapsiagaan bencana dijemput untuk memohon menerusi airasiafoundation.com/humanitarian/malaysia-flood-relief.

 

Pengarah Eksekutif Yayasan AirAsia, Yap Mun Ching berkata, sejak 23 Disember 2021, Yayasan AirAsia dan BigPay telah bersama-sama mengumpul dana untuk membantu komuniti yang terjejas. 

 

Beliau berkata, setakat ini, kempen tersebut telah berjaya mengumpul lebih RM400,000 menerusi kutipan sumbangan di dalam penerbangan dan melalui aplikasi BigPay, serta daripada tempahan airasia ride dan airasia food yang diterima antara 23 hingga 31 Disember 2021.

 

aa

 

Katanya, memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap kempen tersebut, AirAsia Foundation akan melanjutkan kutipan derma di dalam penerbangan selama dua minggu dari 9 Januari kepada 23 Januari 2022.

 

“Kami amat terharu dengan kemurahan hati para tetamu AirAsia yang terus menyokong kempen ini. 

 

aa

 

"Memandangkan cuaca masih tidak menentu di mana hujan lebat terus menyebabkan banjir teruk di kawasan lain di negara ini, kami ingin melanjutkan tempoh derma untuk membantu lebih ramai komuniti yang memerlukan," katanya.

 

Selain daripada sumbangan tunai di dalam penerbangan, pengguna BigPay dengan peranti Android boleh menderma melalui aplikasinya sehingga 31 Januari 2022. - DagangNews.com