Yoshikai dilantik Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Canon Marketing Malaysia | DagangNews Skip to main content

Yoshikai dilantik Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Canon Marketing Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Jan - Canon Marketing Malaysia mengumumkan pelantikan Shunji Yoshikai sebagi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bermula Januari 2022.

 

Yoshikai berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri selain memiliki rekod cemerlang dalam bidang perniagaan dan membangunkan saluran pengedaran yang kukuh selain pernah menjawat pelbagai jawatan di pejabat Canon termasuk Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan China.

 

Beliau juga berpengalaman dari segi jualan dan pengedaran, pengurusan dan pembangunan produk serta pengurusan umum di dalam industri.

 

Menerusi jawatan baharunya, Yoshikai akan mengetuai Canon Marketing Malaysia dalam memberi fokus kepada usaha menguatkan perniagaan dan segmen peruncitan Canon dengan tumpuan kepada transformasi digital.

 

Yoshikai mengakui sangat teruja dengan cabaran baharu bersama Canon di Malaysia kerana syarikat itu memiliki jenama yang kukuh, kakitangan yang berbakat dan rangkaian luas di seluruh dunia.

 

"Menerusi pemintaan yang tini terutama untuk kamera mirrorless, saya akan berusaha untuk meluaskan pasaran untuk segmen kamera ke peringkat yang lebih tinggi terutama selepas pembukaan pintu sempadan negara. 

 

"Sebagai peneraju dalam industri percetakan selain kemudahan penyelesaian percetakan fleksibel kami, saya percaya usaha untuk mengembangkan perniagaan ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama kakitangan yang komited.

 

"Selain mengukuhkan kedudukan perniagaan, kami akan terus berusaha untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menggunakan Falsafah Kyosei dan sentiasa mengikatkan semua untuk bekerjasama untuk kebaikan bersama," katanya. - DagangNews.com