KUALA LUMPUR 1 Julai - Pinjaman bagi sektor perbankan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.8% pada Mei 2024 dan ia berada dalam julat sasaran 5.5% hingga 6% untuk tahun ini.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Dua anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd sedang memohon ringkasan penghakiman daripada Mahkamah Tinggi terhadap MYAirline Sdn Bhd terhadap tuntutan berjumlah RM17.74 juta ke atas syarikat penerbangan yang bermasalah itu.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Untung bersih Hiap Teck Venture Bhd pada suku ketiga berakhir 30 April 2024 (3QFY24) melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM46.8 juta berbanding RM15.02 juta pada tahun sebelumnya didorong jumlah jualan yang lebih tinggi.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Kerajaan akan mula menerima permohonan pembayaran tunai daripada pemilik kenderaan di bawah Skim Kenderaan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang masih belum menerima kad fleet bermula 1 Julai 2024.
KUALA LUMPUR 28 Jun - Pengeluaran buah tandan segar (BTS) Kim Loong Resources Bhd bagi FY25 diunjur meningkat sebanyak 5% selepas mengambil kira profil umur yang lebih baik bagi kawasan produktif kelapa sawit muda dan program penanaman semula yang berterusan.