Hasil Panasonic Manufacturing diunjur meningkat, didorong kenaikan harga produk - HLIB | DagangNews Skip to main content

Hasil Panasonic Manufacturing diunjur meningkat, didorong kenaikan harga produk - HLIB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Dis - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan hasil Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad meningkat kesan daripada kenaikan harga produk yang dilaksanakan sebelum ini.

 

Firma itu berkata, pendapatan kumpulan itu dijangka meningkat antara 6% ke 7% didorong penamatan pembuatan periuk nasi serta beberapa peralatan dapur lain.

 

"Segmen periuk nasi mengalami kerugian sejak beberapa tahun lalu.

 

"Kami berpendapat perniagaan eksport kumpulan itu di peringkat global secara sederhana kesan daripada kelembapan aktiviti ekonomi utama dan tekana inflasi yang berterusan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, hasil kumpulan bagi 2QFY23 meningkat RM292.8 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM14.2 juta, menjadikan jumlah 1HFY23 kepada RM22.9 juta, peningkatan sebanyak 14%.

 

Keputusan tersebut adalah di bawah jangkaan dan konsensus, masing-masing mencapai 35% dan 40% daripada unjuran tahun penuh.

 

Firma itu menyemak turun unjuran pendapatan kumpulan sebanyak 12% bagi FY23.

 

"Kami mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) RM16.00 lebih rendah berbanding RM18.20," katanya. - DagangNews.com