Ibu pejabat termasuk lapan cawangan MBSB Bank ditutup 12 Disember 2022 sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor | DagangNews Skip to main content

Ibu pejabat termasuk lapan cawangan MBSB Bank ditutup 12 Disember 2022 sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 9 Dis - Ibu pejabat MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) termasuk lapan cawangannya ditutup pada Isnin, 12 Disember 2022 sempena cuti umum Hari Keputeraan Ke-77 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

 

MBSB Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata, ibu pejabat dan cawangan itu, termasuk PJ Sentral, Kelana Jaya, Klang, Batu Caves, Bangi, Puchong, Shah Alam dan Kajang. 

 

"Selain daripada cawangan ini, cawangan MBSB Bank yang lain di seluruh negara dibuka dan beroperasi seperti biasa untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan," katanya.

 

Menurutnya, perkhidmatan teras untuk menyokong operasi harian perbankan dan perniagaan bank hendaklah terus beroperasi di ibu pejabat.

 

Katanya, pelanggan boleh memilih untuk melakukan transaksi perbankan dalam talian melalui MBSB Bank’s M JOURNEY Virtual Branch. 

 

Pusat khidmat pelanggan bank boleh dihubungi di 03-2096 3000 atau pelanggan boleh menghantar pertanyaan mereka ke enquiry@mbsbbank.com. - DagangNews.com