Kekurangan tenaga pekerja beri kesan kepada unjuran pendapatan P.I.E Industrial bagi 9MFY22 - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Kekurangan tenaga pekerja beri kesan kepada unjuran pendapatan P.I.E Industrial bagi 9MFY22 - Kenanga Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Nov - Untung bersih teras 9MFY22 P.I.E Industrial Berhad gagal mencapai unjuran Kenanga Research kesan daripada kekurangan tenaga pekerja.

 

Firma itu berkata, keputusan yang diraih itu masing-masing berada pada paras 66% dan 65% daripada ramalan tahun penuh dan anggaran konsensus tahun penuh.

 

"Perkara itu adalah hasil daripada produktiviti yang rendah kerana kumpulan itu berdepan masalah kekurangan tenaga kerja pada 2QFY22 dan berlarutan sehingga awal 3QFY22," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, perolehan 3QFY22 menguncup 12% disebabkan oleh kehadiran pekerja asing baharu yang masuk pada Ogos-September 2022.

 

Bagaimanapun, keuntungan bersih terasnya meningkat hampir dua kali ganda hasil daripada kecekapan yang dipertingkatkan, sebahagiannya disebabkan oleh kumpulan pekerja baharu yang cekap, mengakibatkan pengurangan caj lebih masa dan pembaziran masa.

 

Firma itu menjangkakan 4QFY22 menjadi lebih kukuh berikutan aliran pendapatan bermusimnya kerana pelanggan lazimnya mendesak agar penghantaran dipenuhi sebelum akhir tahun.

 

Katanya, kumpulan itu telah menyelesaikan proses penerimaan dan pemilihan semua kumpulan baharu pekerja asing.

 

"Di samping itu, kebanyakan pelanggan kumpulan bersetuju dengan semakan purata harga jualan (ASP) pada akhir 3QFY22 yang akan mengambil kira gaji yang lebih tinggi serta kos bahan mentah.

 

"Peningkatan harga baharu pada 4QFY22 akan menyaksikan peningkatan margin keuntungan kumpulan," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM3.15. - DagangNews.com