Lebih 4,000 usahawan hadir program anjuran RichWorks, dapat bimbingan eksklusif Azizan Osman | DagangNews Skip to main content

Lebih 4,000 usahawan hadir program anjuran RichWorks, dapat bimbingan eksklusif Azizan Osman

Program 10X Bina Bisness Berjaya 2022 dipimpin secara eksklusif oleh Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Oleh FAIZAL ZAKARIA

SHAH ALAM 29 Okt -  Lebih 4,000 usahawan menghadiri program 10X Bina Bisness Berjaya 2022 (10XBBB) anjuran RichWorks Sdn. Bhd. yang diadakan di Setia City Convention Centre, dekat sini yang bermula Jumaat.

 

Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd. berkata, sesi kali ini merupakan perhimpunan terbesar usahawan yang dipimpin sendiri secara eksklusif oleh Pengasas dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

 

"Ini merupakan acara eksklusif percuma dan terbuka yang disampaikan sendiri oleh Azizan. Selepas ini Azizan akan tampil sebagai salah seorang jurulatih manakala sesi selebihnya akan dikendalikan oleh warga kerja RichWorks sendiri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

 

 

Richworks
RADZ MOHD.

 

 

Untuk rekod, program Bina Bisnes Berjaya ini telah membantu lebih daripada 1.5 juta usahawan sepanjang 13 tahun RichWorks menganjurkan program.

 

Sistem yang sama juga telah membimbing lebih 700 bisnes di bawah RichWorks Mentorship capai jumlah jualan terkumpul sebanyak RM2.2 bilion pada 2020. Pada tahun lalu, usahawan Mentorship telah mencecah jualan tahunan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion.

 

 

Richworks

 

 

Sempena 10XBBB itu, RichWorks turut melancarkan program tiga bulan Millionaire Marketing Masterclass (3M) yang akan diadakan secara bersemuka dan secara online.

 

Menjelaskan  3M tersebut,  Radz menjelaskan, ia merupakan program khusus untuk mencipta pecutan bagi mempersiap usahawan mendapatkan sekurang-kurangnya memperoleh jualan RM1 juta menjelang akhir tahun ini. 

 

“Namun, kita tidak lagi bercakap mengenai RM1 juta. Usahawan bimbingan RichWorks ini bercakap mendapatkan jualan RM10 juta pertama. Sasaran besar, gerak kerja juga besar.

 

 

Richworks

 

 

“Menariknya 3M ini, peserta yang menyudahkan setiap komponen bimbingan akan diraikan dalam satu majlis graduasi. Untuk bergraduat mereka perlu menyudahkan program ini dan sudah tentu kami akan bimbing usahawan.

 

“Kalau ada 10 usahawan pun kita akan bimbing, 100 usahawan kita bimbing. Program ini bukan sekadar angka tetapi komitmen kami terhadap hasil dan keputusan,” jelas Radz. - DagangNew.com