Maybank IB unjur kerugian kerugian Eco World International meningkat bagi FY23-FY24 | DagangNews Skip to main content

Maybank IB unjur kerugian kerugian Eco World International meningkat bagi FY23-FY24

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Dis - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak naik unjuran kerugian Eco World International Berhad sebanyak 3.9% dan 82.2% bagi FY23/FY24 selepas pengangguhan pelancaran Macquirie Park, Sydney dan projek EcoWorld London.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu bagaimanapun dilihat akan menghasilkan jualan melebihi RM1 bilion untuk jualan bagi projek sedia ada.

 

"Tidak termasuk keperluan modal kerja sedia ada, kumpulan itu menyasarkan untuk mengagihkan lebihan tunai (RM900 juta  atau 37.5sen sesaham) kepada para pemegang sahamnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan kerugian teras bersih sebanyak RM54 juta pada 4QFY22 dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding jangkaan.

 

Hasil jualan hartanah bagi FY22 adalah sebanyak RM2.16 bilion, mengatasi unjuran yang ditetapkan dan mereka menentapkan sasaran jualan RM1.4 bilion bagi FY23.

 

Tidak termasuk kerugian sekali sahaja RM42 juta bagi kerugian tukaran mata wang asing, firma itu berkata, kerugian bersih teras 4QFY22 kumpulan sebanyak RM54 juta menjadikan kerugian bersih teras FY22 kepada RM156 juta (FY21: untung bersih teras RM99 juta).

 

"Kami mengesyaki varians dalam kerugian adalah disebabkan oleh margin keuntungan yang lebih rendah daripada jangkaan di Embassy Garden dan kos kewangan yang lebih tinggi daripada jangkaan," katanya.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu merendahkan sasaran jualan bagi FY23 adalah kerana tiada pelancaran projek baharu pada tahun hadapan.

 

Katanya, ketidaktentuan makroekonomi yang berterusan membuatkan kumpulan itu akan kekal fokus kepada pemeliharaan tunai dan stok projek sedia ada.

 

"Kami megekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 66 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com