Seluruh segmen perniagaan WCT Holdings catat pemulihan positif - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Seluruh segmen perniagaan WCT Holdings catat pemulihan positif - Kenanga Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Dis - Keseluruhan segmen perniagaan WCT Holdings Berhad menunjukkan pemulihan yang baik selepas pandemik terutama pusat beli-belah runcitnya yang bersedia untuk pengembalian sewa yang positif.

 

Kenanga Research berkata, dengan peningkatan kehadiran pelanggan dan penyewa kumpulan itu positif dengan sumbangan darpada pusat beli-belahnya termasuk Paradigm Mall dan Gateway@klia2 yang seharusnya bertambah bermula 1QFY23 dan seterusnya.

 

Firma itu berkata, hotel di bawah kendaliannya iaitu Le Meridien, Petaling Jaya dan Hotel Premiere, Klang, telah mencatatkan peningkatan kadar penghunian namun mereka dijangka kekal mencatatkan kerugian disebabkan persaingan sengit.

 

"Pada masa sama, WCT akan membuka hotel 200 bilik baharu yang dikenali sebagai Hyatt House di pusat beli-belah Paradigm Johor Bahru pada 2QFY23," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu mendedahkan bahawa jualan hartanah bagi 9MFY22 mencapai RM382 juta, sejajar dengan sasaran FY22 sebanyak RM550 juta (berbanding sasaran dalaman syarikat sebanyak RM600 juta).

 

Katanya, kumpulan itu akan terus mengosongkan inventori margin rendahnya yang berjumlah RM365 juta pada akhir 3QFY22 (turun 28% daripada RM506 juta pada awal tahun).

 

Firma itu berkata, margin operasi pembinaan yang kukuh sebanyak 13% pada 3QFY22 adalah disebabkan oleh pengiktirafan kontrak bernilai RM40 juta daripada projek yang sedang dijalankan.

 

"Mereka bagaimanapun mengakui bahawa peluang untuk mencapai sasaran kotrak RM1 bilio untuk FY22 adalah tipis," katanya.

 

Firma itu menyukai kumpulan itu kerana prospek sektor pembinaan tempatan yang bertambah baik dengan pelancaran projek awam Pilihan Raya Umum ke-15 terutama MRT dan peningkatan kadar penghunian serta pendapatan sewa untuk pusat beli-belah selain hotel.

 

"Kami mengekalkan saranan 'market perform' dengan harga sasaran (TP) 46 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com