Legoland Malaysia Resort umum pembaharuan dan aktiviti menarik sempena sambutan ulang tahun ke-10 | DagangNews Skip to main content

Legoland Malaysia Resort umum pembaharuan dan aktiviti menarik sempena sambutan ulang tahun ke-10

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Untuk menyokong usaha menggiatkan semula sektor pelancongan kerajaan, Legoland Malaysia Resort mengumumkan rancangan pembaharuan dan barisan aktiviti menarik sempena sambutan ulang tahun ke-10 resort itu.

 

Antara pembaharuan yang akan dilaksanakan, termasuk bilik hotel yang diperbaharui dengan tema baharu pada suku pertama 2023, teduhan baharu Miniland, filem 4D baharu yang mendebarkan di Lego Studio dan festival taman air pertama untuk persembahan istimewa, aktiviti, cabaran dan banyak lagi pada pertengahan 2023 di Taman Air Legoland.

 

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, mereka berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukan pelbagai pihak.

 

"Kami akan terus membina serta memberi tumpuan kepada keutamaan strategik dengan melabur dalam meningkatkan, mengembangkan dan mewujudkan aktiviti baharu untuk menyediakan pengunjung pengalaman benar-benar unik yang hanya tersedia di Legoland. 

 

"Legoland komited untuk menyediakan pengunjung kami dengan tawaran baharu bernilai hebat sebagai destinasi percutian keluarga yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

CS berkata, pelaburan dan penambahbaikan itu sejajar dengan keutamaan strategik mereka untuk menarik kunjungan baharu daripada pelancong domestik dan antarabangsa ke Legoland.

 

"Kami optimis mengenai pemulihan industri dan berharap dapat menyokong pelan menggiatkan semula pelancongan yang dibangunkan kerajaan," katanya.

 

 

legoland
CS Lim

 

 

Tambahnya, dengan Malaysia dijangka menarik antara 4.5 juta hingga 5 juta pelancong antarabangsa pada 2022, Legoland komited bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan untuk mengubah negara menjadi destinasi pilihan utama di rantau ini menjelang 2024.

 

"Sepanjang dekad lalu, Legoland telah bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan utama untuk memastikan Malaysia terus menjadi pilihan destinasi yang menarik untuk pelancong antarabangsa. 

 

 

legoland

 

 

legoland

 

 

"Legoland membezakan Malaysia daripada destinasi lain dengan memastikan semua aktiviti kami disusun dengan teliti berdasarkan kekuatan asas DNA Lego kami yang memupuk kreativiti melalui permainan. 

 

"Dengan cara ini, kami dapat menarik pelancong yang mencari lebih daripada sekadar percutian apabila mereka melawat Malaysia," katanya.

 

 

legoland

 

 

legoland

 

 

Selain itu, Legoland akan terus menganjurkan acara perayaan tahunan berskala besar meraikan cuti perayaan utama seperti Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan banyak lagi.

 

 

legoland

 

 

Pada tahun akan datang, Legoland akan bekerjasama rapat dengan acara bertemakan LEGO to LEGO seperti "Build the Thrills and Friendship Fest" yang terdapat di taman tema tersebut. - DagangNews.com