Tan Sri Mohd Nor Yusof lepaskan jawatan Pengerusi Tabung Haji | DagangNews Skip to main content

Tan Sri Mohd Nor Yusof lepaskan jawatan Pengerusi Tabung Haji


KUALA LUMPUR 15 Okt - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengerusinya Tan Sri Md Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 15 Oktober 2021.

 

Dalam kenyataan di sini hari ini, TH menyatakan, sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi TH, Tan Sri Md Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.

 

Menurut TH, jumlah deposit pada 30 Jun 2021 ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun yang lalu. Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi dari pendeposit.

 

''Para anggota Lembaga, Pengurusan Kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH,'' kata kenyataan tersebut. - DagangNews.com