Tealive tawar kopi percuma untuk 10,000 pelanggan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65 | DagangNews Skip to main content

Tealive tawar kopi percuma untuk 10,000 pelanggan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Tealive meraikan suasana sambutan Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini dengan laungan "Kopi Merdeka" daripada 10,000 para penggemar Tealive di cawangannya pada 17 Ogos 2022.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, Tealive menjemput pelanggannya yang bersemangat patriotik untuk datang pada hari tersebut dan mempamerkan semangat cinta pada negara dengan melaungkan “Kopi Merdeka” sebanyak tiga kali untuk menerima kopi percuma.

 

“Sebagai buatan Malaysia, kami memberi layanan kepada rakyat setiap hari di segenap sudut dan pelosok negara tercinta. Kami berbangga dengan identiti Malaysia ketika kami berkembang ke negara-negara ASEAN, Eropah, Australia dan kini di Afrika.

 

“Dengan meraikan Merdeka dua minggu sebelum 31 Ogos akan membangkitkan lagi semangat patriotik dan menjadi permulaan awal yang baik dalam menunjukkan rasa terima kasih kami kepada peminat setia Malaysia, diikuti dengan pemberian diskaun sebanyak 31% bagi Kopi Signature sehingga 31 Ogos.

 

“Kami amat menghargai segala sokongan daripada para peminat dan penggemar Tealive yang telah membolehkan kami berkembang maju di Malaysia dan luar negara. 

 

"Dengan sokongan mereka, cawangan kami yang ke-800 akan dibuka bulan depan dan terus meningkatkan keupayaan kami sebagai peneraju serantau jenama the gaya hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Loo turut mengumumkan bahawa menu kopi yang lagi menarik dan banyak pilihan akan ditawarkan di setiap cawangan Tealive mulai 17 Ogos, semuanya dibuat mengikut citarasa penggemar kopi dengan biji kopi Arabica premium.

 

 

tealive

 

 

“Kami sedar rakyat Malaysia mengambil berat terhadap cabaran pandemik dan ketidaktentuan ekonomi tetapi untuk ulang tahun kemerdekaan ke-65 ini, kami yakin jika kami bersatu padu, segala cabaran akan dapat kita tempuhi bersama. Ini selaras dengan misi kami untuk memperkenalkan ‘Kopi untuk semua,” katanya.

 

Ini telah mencetuskan idea untuk memberikan kopi percuma iaitu Kopi Signature 12oz kepada pelanggan yang mengunjungi cawangan Tealive dan melaungkan "Kopi Merdeka" sebanyak tiga kali. 

 

 

tealive

 

 

Setiap cawan kopi, semuanya dibancuh segar oleh tearista Tealive, dan boleh dinikmati bermula 8 pagi di premis Tealive stesen minyak Petronas di sekitar Lembah Klang. 

 

 

tealive

 

 

"Tealive telah 'modernize' budaya minuman the sejak 2017 dan kini, kami menambah pilihan untuk menu kopi kami untuk memenuhi misi kami supaya semua orang boleh menikmati kopi Tealive bila-bila masa di mana jua. 

 

"Kopi Signature menggunakan Gula Aren dari Borneo. Cuba dan nikmati minuman lazat ini dengan tambahan sedikit rasa karamel. Terbalikkan cawan anda bagi menikmati sepenuhnya rasa lava yang memuaskan,” tambah Loo. - DagangNews.com