Solidariti dan sokongan kepada Palestin | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Irsyad - 20 October 2023

Solidariti dan Sokongan kepada Palestin

 

 

PERGOLAKAN Palestin dan Israel masih berlarutan sehingga kini khususnya di Semenanjung Gaza susulan serangan balas rejim Israel berikutan serangan mengejut pejuang Hamas ke bandar Israel telah menguji pendirian masyarakat dunia terhadap konflik berkenaan.

 

Masyarakat dunia perlu cakna dan membuka mata untuk melihat punca sebenar peperangan tercetus adalah disebabkan pencerobohan berterusan penduduk haram Yahudi ke atas tanah penduduk Semenanjung Gaza.

 

 

irsyad

 

 

Perselisihan antara kaum Yahudi dengan masyarakat Islam bukan suatu perkara baharu. Allah SWT telah menjelaskan dalam al-Quran bahawa kaum Yahudi sama sekali tidak akan senang dengan masyarakat Islam sehingga mempengaruhi umat Islam supaya mengikut jejak langkah.

 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar." (Surah al-Baqarah: 120)

 

Sebab penurunan ayat di atas adalah kaum Yahudi dan Nasrani sangat mengharap supaya Nabi SAW melaksanakan solat menghadap kiblat penyembahan mereka. Namun, Allah SWT memalingkan kiblat baharu bagi umat Islam menghadap Kaabah di Mekah.

 

Oleh itu, kaum Yahudi dan Nasrani berkomplot dan berusaha mempengaruhi Nabi supaya menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka.

 

Lalu, Allah SWT menurunkan ayat ini untuk memberi penegasan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak bersetuju dengan Nabi walaupun permintaan mereka ditunaikan.

 

Kalimah dalam ayat tersebut yang bermaksud ‘tidak akan meredai selama-lamanya’ harus menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia supaya berhati-hati dan berwaspada dengan mainan kotor dan taktik jijik yang sering digunakan kaum Yahudi khususnya dalam misi mereka untuk menghancurkan umat Islam.

 

Sejarah juga merakamkan dan mencatatkan bahawa kaum Yahudi telah menyihir Nabi SAW yang dilakukan oleh Lubayd bin al-A'som daripada Bani Zuraiq. Selain itu, seorang wanita Yahudi turut pernah menghidangkan daging kambing beracun dengan tujuan jahat untuk membunuh Nabi SAW.

 

 

irsyad

 

 

Demikianlah, sejarah telah menunjukkan bahawa kemusnahan dan pembunuhan nyawa manusia bukan perkara yang asing dan pelik bagi kaum Yahudi sehinggakan Nabi SAW pun sanggup dibunuh, apatah lagi umat Islam.

 

Justeru, Allah SWT telah melaknat kaum ini disebabkan sifat yang jahat dan terkutuk seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi daripada Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.” (Surah al-Maidah: 78)

 

Masyarakat Islam di seluruh dunia perlu bangkit menyatakan sokongan dan solidariti bermasa rakyat Palestin untuk mempertahankan hak dan maruah di tanah air sendiri dan seterusnya menghapuskan Zionis-Yahudi Laknatullah daripada muka bumi ini.

 

Seterusnya, masyarakat Islam diseru untuk bermunajat, melazimi Qunut Nazilah dan memanjatkan doa setulus ikhlas memohon bantuan kepada Allah SWT supaya diberi kekuatan dan kemenangan kepada perjuangan Islam di Palestin.

 

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang dalam kalangan kamu sehingga ia mencintai saudaranya melebihi cintanya pada dirinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Hadis di atas menyarankan atas dasar kasih sayang dan cinta kepada saudara seagama di Palestin, masyarakat Islam wajib segera menyokong dan mendokong segala usaha yang dilakukan bagi membela masyarakat Islam di Palestin. - DagangNews.com

 

 

PROF. MADYA DR. AZRI BIN BHARI adalah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.


 

dagangnews

 

Portfolio Tags