Skip to main content

Juara PMCC 2021, PMS Phantom wakil Malaysia ke PMCC SEA 2021

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 23 Nov - PMS Phantom dari Politeknik Muadzam Shah akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021 selepas menjadi juara Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021 anjuran syarikat perkhidmatan mudah alih digital, Yoodo.

 

PMS Phantom berjaya menewaskan 16 pasukan lain dan memperoleh dua chicken dinnner dan 111 mata selain merangkul sebahagian besar hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000.

 

“PMCC 2021 mempamerkan bakat dan persaingan sengit daripada setiap pasukan bertanding.

 

"Tahniah dan syabas kepada PMS Phantom. Selain itu, kami sangat teruja dengan sambutan hebat yang diterima PMCC daripada pemain dan peminat. Dengan sokongan anda, Yoodo akan terus membawakan lebih banyak inisiatif esukan yang menarik pada masa hadapan.” kata Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun dalam satu kenyataan.

 

Selain PMS Phantom, UniKL.Nova dan UBMI.Esport dari Universiti Kuala Lumpur juga akan mewakili negara ke kejohanan PMCC SEA 2021 untuk berdepan saingan pasukan dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

 

PMCC 2021 menerima lebih 1,000 penyertaan daripada lebih 200 institusi pengajian tinggi seluruh negara.

 

Saingan akhir disiarkan secara langsung di platform Yoodo dengan tontonan pada hari pertandingan menjangkau 1 juta tontonan.

 

Hari kedua pertandingan akhir itu, beberpaa nama besar dalam sukan itu turut membuat penampilan seperti Soloz, Daddyhood, Yakuza, Boyka, Mossgoku, Manparang, Master Ramen dan Pemburu. 

 

"Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang sangat dominan dalam arena e-sukan, Yoodo sentiasa membantu membina laluan kejayaan untuk pemain muda tempatan," tambah Tuck Mun.-Dagangnews.com