Kehadiran pekerja asing akan tingkatkan produktiviti Thong Guan - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Kehadiran pekerja asing akan tingkatkan produktiviti Thong Guan - Kenanga Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kehadiran tenaga kerja asing pada 2HFY22 akan membantu melancarkan produktiviti Thong Guan Industries Berhad terutama dalam kerja-kerja pembungkusan.

 

Menerusi kilang baharunya, Kenanga Research menjangkakan peningkatan dari segi pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk filem pembungkusan premium, filem regangan premium dan beg kuriernya.

 

Firma itu juga menjangkakan, purata harga jualan (ASP) untuk produk mereka akan kembali pulih terutama selepas kos resin mencatatkan penurunan antara 13% hingga 15% mengakibatkan pengembangan margin keuntungan.

 

"Peningkatan ASP didorong oleh permintaan yang kukuh bagi produk premiumnya seperti filem pembungkusan, beg kurier dan filem pembungkusan selaras dengan pembukaan ekonomi di seluruh dunia.

 

"Kami melihat permintaan semakin kukuh untuk bahagian pembungkusan makanan dengan kumpulan itu menjadi sebahagian yang menguasai pasaran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu melonjak 15.28% kepada RM29.47 juta berbanding RM25.56 juta hasil daripada sumbangan positif daripada semua segmen perniagaannya.

 

Hasil untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2022 meningkat sebanyak 23.43% kepada RM379.3 juta daripada RM307.3 juta.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran RM3.99 sesaham. - DagangNews.com