Kekurangan Tenaga Kerja di Restoran Mamak –Temui Penyelesaian Digital untuk Menangani Krisis Ini | DagangNews Skip to main content

Kekurangan Tenaga Kerja di Restoran Mamak –Temui Penyelesaian Digital untuk Menangani Krisis Ini

Restoran Kayu Nasi Kandar di Taipan menggunakan sistem QR Order & Pay StoreHub.
Oleh WAI HONG FONG, pengasas StoreHub

MASIH segar di ingatan saya saat beberapa kali meluangkan masa bersama rakan-rakan berborak di restoran mamak sambil menikmati secawan teh tarik panas bersama beberapa keping roti lembut pada malam hari.

 

Perbualan di restoran mamak yang bukannya dianggap sebagai perbualan kosong tetapi dipenuhi dengan intipati-intipati positif hasil daripada semangat dan dinamik rakyat Malaysia yang sentiasa dipenuhi dengan ketegangan, perayaan serta saat lucu.

 

Tanpa kami sedar, masa berlalu dengan sangat pantas. Kami pulang ke rumah dengan perut kekenyangan dan keakraban hubungan yang terjalin antara satu sama lain.

 

Apabila berita mengenai krisis kekurangan tenaga pekerja yang dihadapi oleh kebanyakan restoran-restoran F&B di seluruh Malaysia tular di media sosial, saya berasa sangat terharu dan prihatin. Kekurangan tenaga kerja telah menjejaskan gaya hidup rakyat Malaysia tanpa kita sedari.

 

Ungkapan yang diucapkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Jawahar Ali telah memberi kesan yang amat mendalam kepada diri saya. Sepanjang dua tahun yang lepas hampir 2,000 ahli persatuan tersebut terpaksa gulung tikar disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kekurangan pekerja kata beliau.

 

Selain itu, segelintir daripada mereka juga menghadapi masalah untuk memperkukuhkan perniagaan setelah terpaksa memendekkan waktu operasi perniagaan ekoran dari faktor yang sama.

 

Restoran-restoran mamak memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian rakyat Malaysia. Sama seperti orang lain, saya juga mempunyai kenangan pergi ke kedai mamak pada waktu malam untuk menikmati roti canai, menonton bola sepak dan menyaksikan pusingan akhir Piala Thomas bersama rakan-rakan.

 

Oleh itu, rasa tanggungjawab mula membuak-buak dalam diri kami untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja yang dihadapi oleh para peniaga restoran mamak.

 

Di StoreHub, kami mendapati masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan teknologi. Kebanyakan peniaga F&B telah membaik pulih proses melakukan pesanan dan pembayaran iaitu daripada manual ke digital.

 

Hal ini membantu perniagaan mereka untuk kekal beroperasi seperti sedia kala walaupun berhadapan dengan isu kekangan tenaga kerja.


 

Wai Hong Fong
                                            WAI HONG FONG

 


Pemain Yang Inovatif Dalam Sektor Perkhidmatan F&B

Tidak disangkal lagi bahawa perniagaan F&B Mamak merupakan antara restoran yang inovatif dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam operasi perniagaan di Malaysia.

 

Saya masih ingat pertama kali restoran mamak menggunakan sistem PDA untuk mengambil pesanan sebelum para peniaga restoran lain menggunakan teknologi tersebut pada 10 tahun yang lepas.

 

Sekiranya di ambil kira tahap populariti restoran-restoran mamak dan jumlah pelanggan yang ramai yang diperoleh pada satu masa, tidak hairanlah kecekapan aliran operasi sangat penting untuk memastikan kejayaan perniagaan ini. Oleh itu, tidak hairanlah para peniaga mamak dianggap pencetus inovasi penggunaan teknologi untuk masa kini

 

Sejak kebelakangan ini, perniagaan Mamak menjadi satu daripada perniagaan F&B yang terawal menggunakan kod QR untuk mengimbas pesanan secara digital bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.

 

Antara restoran mamak yang telah bekerjasama dengan kami termasuk Restoran Kayu Nasi Kandar di Taipan dan Restoran Sri Bestari KK. Kami mendapati sebanyak 1.9x peningkatan jumlah purata nilai pesanan (AOV) dalam kalangan para peniaga sejak mereka menggunakan sistem QR Order & Pay.

 

QR Order & Pay dapat meningkatkan pengalaman melakukan pesanan para pelanggan - mereka dapat membuat pesanan dan pembayaran menggunakan telefon pintar dan proses tersebut akan dikumpul ke dalam sistem point of sale (POS) peniaga.

 

Hal ini dapat menjimatkan kos dan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja tanpa perlu penambahan gajet seperti iPad di meja makan atau untuk setiap pekerja yang mengambil order.

 

Di samping itu, QR Order & Pay juga membantu mengurangkan jumlah kesilapan pengambilan order secara manual serta akses kepada maklumat pelanggan. Peniaga dapat menggunakan maklumat tersebut untuk mengiklankan promosi yang akan datang.


 

QR Order & Pay
Sistem pembayaran QR Order & Pay yang dikendalikan oleh Storehub.

 


Kekalkan Perkhidmatan Bersemuka di Kawasan/ Bahagian Yang Sepatutnya

Terdapat cabaran operasi yang unik untuk perniagaan mamak tetapi ia dapat diselesaikan dengan sedikit penyesuaian. Sebagai contoh, pengiraan untuk bahagian nasi kandar boleh diintegrasikan ke sistem POS - membolehkan peniaga untuk memasukkan dan menambah harga tersebut di resit pelanggan.

 

Ini memudahkan para pelanggan menikmati hidangan dan menambah pesanan sekiranya perlu di meja mereka.

 

Sebaliknya untuk restoran mamak yang cenderung memberikan perkhidmatan secara bersemuka, mereka dapat mengekalkan pengambilan pesanan secara manual untuk bahagian nasi kandar dan hanya mendigitalkan pesanan untuk makanan yang mempunyai harga tetap seperti bahagian roti dan minuman.

 

Apapun kehendak mereka, pelbagai cara dapat dipraktikkan dalam menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja untuk perniagaan mamak. Pekerja yang sedia ada dapat menumpukan perhatian memberikan perkhidmatan yang cekap dan pantas serta memastikan ketepatan pesanan pada kos yang lebih rendah.

 

Kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan dapat memberikan pengalaman menjamu selera yang unik yang diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk restoran mamak.

storehub

Memanfaatkan Peluang untuk Kekal Berdaya Saing

Bermula dengan mendigitalkan pengalaman pelanggan kepada memperoleh akses maklumat pelanggan anda - peluang peniaga F&B untuk mengambil alih kawalan perniagaan mereka adalah tidak terbatas pada masa kini.

 

Dalam perniagaan F&B yang berlatar belakangkan pasca-pandemik yang semakin berdaya saing, adalah penting bagi para peniaga F&B untuk mengawal perniagaan mereka.

 

Peniaga harus memanfaatkan peningkatan akses teknologi mampu milik seperti QR Order & Pay, terutamanya dalam landskap hari ini - di mana para pelanggan secara umumnya lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam pengalaman digital menggunakan teknologi yang memberikan kesan positif kepada kemudahan dan ketetapan pesanan di meja makan.  – DagangNews.com