Kemenangan BN di Melaka bukti rakyat yakin terhadap usaha Ismail Sabri pulihkan ekonomi | DagangNews Skip to main content

Kemenangan BN di Melaka bukti rakyat yakin terhadap usaha Ismail Sabri pulihkan ekonomi

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbual dengan seorang penjual buah-buahan, satu aspek keperibadian beliau yang mudah mendekati rakyat.

 

 

Oleh TENGKU NOOR SHAMSIAH TENGKU ABDULLAH
editor@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 25 Nov - Kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu membuktikan rakyat negeri itu yakin terhadap usaha-usaha pemulihan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Pengalisis bebas Hafiizh Putera Ahmad berkata, sifat menyeluruh Bajet 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 serta konsep Keluarga Malaysia, menyakinkan rakyat bahawa tiada sesiapa akan ditinggalkan.

 

Beliau yang meruapakan ahli akademik di sebuah instituti pengajian berkata, apa yang membuat rakyat merasa lega ialah kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjaga kebajikan semua.

 

''Perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat  lebih menjadi keutamaan berbanding projek mega baharu dalam RMK-12 susulan pandemik COVID-19,'' katanya.

 

Hafiizh Putera berpendapat, pandemik yang berpanjangan sejak awal tahun lepas telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka masa depan negara yang kini lebih menumpukan kepada perkembangan pasca pandemik bagi lima tahun akan datang.

 

Bajet 2022, beliau berkata, Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan,  baru-baru ini bertujuan melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian rakyat, membina semula daya ketahanan ekonomi dan memangkin pembaharuan sosioekonomi.

 

``Jadi sudah tentu rakyat merasa puas hati dengan perrkembangan ini dan memilih kerajaan Barisan Nasional,'' kata beliau.

 

Namun Hafiizh Putera menegaskan BN harus melaksanakan apa yang telah dijanjikan dan memerintah dengan adil dan saksama tanpa mengira agama dan kaum.


 

tengku

 


``Apa yang jelas, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan, menurut pengalisis bebas Hafiizh Putera Ahmad.

 

Bukan sahaja itu ujar beliau, tetapi pakatan itu juga telah mengatur strategi yang salah.

 

"Pengalaman awal 22 bulan selepas PH menang pada Pilihanraya Umum ke-14 membuat rakyat membuka mata tentang kelemahan pentadbiran PH.

 

"Semasa pemerintahan PH, rakyat merasakan mereka telah membuat keputusan kurang bijak dan termakan bujukan untuk beralih angin untuk mengundi mereka.

 

``Sebaliknya, ternyata pentadbiran PH lebih condong seperti menjadi pembangkang dan bukan pemerintah kerana mereka terlalu asyik membangkang sejak bertahun-tahun lamanya.

 

``Ternyata mereka hanya tidak mampu dan kurang pengalaman dalam mentadbir  negara,' katanya. – DagangNews.com