Skip to main content
Kolum CIKGU SAHAM - 13 April 2021

MELABUR SECARA SISTEMATIK, BERMAKLUMAT DAN TENANG

 

 

UNTUK makluman pembaca, sekiranya seseorang pelabur atau pedagang saham mempunyai pengetahuan tentang perkara ini, maka amatlah mudah baginya untuk membuat jadual atau pelan perancangan pelaburan.

 

Pelabur yang mempunyai pengetahuan tentang perkara ini boleh membuat strategi pelaburan yang lebih bersistematik dan tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk melihat pergerakan pasaran sepanjang masa.

 

Pelabur dan pedagang yang bjiak akan memasuki pasaran hanya ketika terdapatnya isyarat membeli sekalipun semasa aliran menurun. Pelabur dan pedagang saham boleh membuat analisis saham-saham berpotensi pada bila-bila masa yang dikehendaki dan tidak perlu melakukannya secara kerap. Contohnya membuat pencarian saham-saham berpotensi setiap hari.

 

Walau bagaimanapun, dewasa ini pelabur dan pedagang saham mempunyai banyak peluang atau fasiliti dalam membuat kajian saham tanpa perlu bersusah-payah. Sebagai contoh terdapat penyaringan saham secara algorithm, robotik ataupun dengan menggunakan aplikasi saham sama ada percuma mahupun berbayar.

 

Pelabur atau pedagang saham perlu melabur atau berdagang saham secara tenang dan sistematik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Dan juga pelabur atau pedagang tidak perlu menyulitkan atau memaksa diri untuk membuat analisis saham secara kerap walaupun berdagang saham secara aktif.

 

Ambil masa untuk menyusun strategi baharu berdasarkan maklumat yang ditulis di ruangan ini untuk melabur secara tenang dan bijak.

 

Triton2020

 

Melabur untuk jangka panjang atau pendek mengikut pelan perdagangan dan matlamat masing-masing berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

 

  • Jumlah modal pelaburan

Biasanya pelabur jangka masa panjang mempunyai jumlah modal yang agak besar berbanding pelabur jangka masa pendek. Pelabur di dalam kategori ini mempunyai lebihan wang yang banyak untuk diperuntukan sebagai modal pelaburan.

 

Lazimnya pelabur jangka masa panjang membeli saham-saham yang mempunyai asas fundamental yang kukuh selain dari syarikat-syarikat yang mempunyai rekod pembayaran dividen yang baik.

 

  • Masa terluang untuk melihat pergerakan pasaran

Pelabur jangka masa singkat sangat memerlukan laporan penyelidikan dari syarikat broker saham secara kerap kerana mereka memasuki pasaran secara aktif. Contohnya pedagang harian, intrahari dan kontra. Golongan ini sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa pasaran dan berita-berita terkini untuk membuat kajian atau analisis saham.

 

Tidak hairan jika golongan inilah yang ramai menyertai kumpulan-kumpulan saham media sosial seperti kumpulan Facebook, WhatsApp mahupun Telegram yang menyediakan idea dagangan atau buy call harian.

 

tnb

 

  • Masa untuk membuat analisis saham

Pelabur bijak dan berpengalaman selalunya membuat analisis saham sebelum membuat keputusan untuk membeli saham-saham syarikat tersenarai yang tertentu. Dewasa ini ramai orang telah menyedari tentang pentingnya membuat kajian saham berbanding ketika zaman 90'an dahulu.

 

Kesedaran tentang kepentingan mempunyai ilmu analisis teknikal dan fundamental ini tercetus dengan adanya bengkel dan seminar saham yang meluas yang menekankan tentang perlunya pengetahuan tentang ilmu teknikal dan fundamental sebagai panduan untuk membeli saham dan menjual saham.

 

Dengan pengetahuan yang disertakan bersama amali, pelabur dan pedagang saham berpotensi mengelakkan kerugian yang besar dan dapat meningkatkan keuntungan dari semasa ke semasa.

 

  • Mengikuti perkembangan pasaran

Tidak dinafikan terdapat ramai pelabur yang tidak peka atau ambil tahu perkembangan pasaran tempatan mahupun global serta berita-berita syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

 

Berita-berita berkaitan pasaran saham boleh didapati di platform dagangan serta aplikasi saham yang boleh dimuat turun di telefon bimbit. Dengan mengambil tahu perkembangan pasaran semasa serta berita-berita syarikat tersenarai boleh membantu pelabur dan pedagang saham membuat keputusan dengan lebih bjiak dan pantas sebelum pasaran naik atau pun jatuh.

 

tnb

 

  • Kepantasan membuat keputusan

Pedagang jangka masa singkat adalah berbeza dengan pelabur jangka masa panjang. Justeru, pedagang jangka masa pendek perlu membuat keputusan yang cepat untuk membeli saham mahupun menjual lebih-lebih lagi pedagang harian dan kontra. Ini ialah untuk mengelakkan daripada terkena kerugian yang besar.

 

Pedagang jangka singkat ini boleh meletakkan pesanan awal ataupun GTD (Good Till Date) untuk jual atau beli sekiranya sibuk sepanjang masa ataupun dengan memberi arahan kepada dealer atau remisier untuk memantau harga saham termasuk memberi arahan menjual atau membeli saham bagi pihaknya.

 

Pedagang saham boleh memberitahu harga-harga yang ingin dibeli atau jual, nama syarikat tersenarai serta kuantiti saham tersebut sebagai arahan kepada dealer atau remisier untuk memasukkan pesanan tersebut ke dalam sistem komputer.

 

Dengan memahami dan menghafal corak atau trend pasaran saham, adalah lebih mudah bagi pelabur dan pedagang saham mengimbangi aktiviti urus niaga saham dengan rutin kehidupan harian dengan tenang dan tenteram walaupun ketika iklim pasaran tidak menentu atau suram.

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. Kepada yang berminat boleh dapatkan buku ini dengan menghubungi talian 017-3084787.

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

NEWBIE SAHAM LEBIH GEMAR BELI SAHAM IKUT BUY CALL

Belajar ilmu berjual beli saham dengan individu bertauliah

2 TAHUN BELAJAR SAHAM DENGAN GURU YANG SAMA

Tidak susah hendak memahami kaedah dagangan kontra saham 

Waspada jangan gelojoh - peringatan kepada newbie saham

Panduan untuk kawal emosi semasa berurus niaga saham

SERBA TAK KENA BILA BERJUAL BELI SAHAM

Jangan panik semasa bursa tidak menentu

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags