Pelari UTM pintas bekas Pelari Pecut Negara, Nazmizan Muhamad di temasya SUKUM ke-44 | DagangNews Skip to main content

Pelari UTM pintas bekas Pelari Pecut Negara, Nazmizan Muhamad di temasya SUKUM ke-44

Muhamad Fitri Amir Ramli (kiri) dan Nazmizan Muhamad di garisan penamat acara pecutan 100m temasya Sukan Staf Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) ke-44. Gambar petikan video Prof Mohd Foad Sakdan (UNIMAP)

KAJANG 22 Sept - "Terkejut dan masih tidak percaya." Begitulah perasaan yang digambarkan pelari 100 meter Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Muhamad Fitri Amir Ramli setelah menumpaskan bekas pelari pecut negara, Nazmizan Muhamad dalam temasya Sukan Staf Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) ke-44.

 

Beliau yang berjaya memecut mengatasi Nazmizan dengan catatan 11.6 saat membolehkannya meraih emas kategori lelaki veteran itu meluahkan rasa syukur atas kemenangannya itu.

 

Nazmizan pingat perak yang mewakili Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan rekod 12.0s dan Ramis a/l K. D. Rada meraih gangsa buat Universiti Malaya (UM) dengan rekod 12.6s.


 

UPM
Muhamad Fitri Amir Ramli merangkul pingat emas, Nazmizan Muhamad (perak) dan Ramis a/l K. D. Rada (gangsa) acara pecutan 100m di temasya Sukan Staf Universiti-universiti Malaysia (SUKUM) ke-44.

 


Sementara itu, tiga atlet Universiti Sains Malaysia (USM) meraih emas dalam acara 2000 meter wanita senior, 5,000 meter lelaki veteran dan lelaki senior veteran Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 yang bermula di sini hari ini.

 

Dr Choong Yee Siew pula meraih emas dengan catatan masa 9 minit 10.1 saat sementara Khaifudin Daud meraih emas dengan catatan masa 20 minit 49.5 saat dan A. Jegatheesvaran turut raih emas dengan catatan masa 20 minit 15.2 saat. Acara oleharaga diteruskan hari ini di Stadium Mini, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

 

Pada hari keenam kejohanan SUKUM ke-44 hari ini, menyaksikan beberapa acara sukan yang dipertandingkan iaitu bola sepak veteran (Suku Akhir), bola sepak senior (Suku Akhir), badminton (Akhir), tenpin boling tiga sepasukan lelaki (akhir), bola tampar lelaki dan wanita, petanque, olahraga (Akhir), golf (Akhir) dan sukan dart berpasukan yang baru bermula di peringkat kumpulan.

 

Manakala hoki memasuki pusingan kedua (undian) yang berlansung di Stadium Hoki Kuala Lumpur.


 

sukum

 


Sebanyak 21 kontinjen daripada universiti awam (UA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama hampir 4,000 orang atlet dan pengurus pasukan yang terlibat dengan kejohanan SUKUM 2022 sehingga 24 September 2022.

 

Sehingga hari ke-5 hari ini (22 September), kutipan pingat SUKUM 2022 mencatatkan UniMAP masih mengungguli pungutan pingat emas dalam berbagai acara.

 

Sebarang maklumat lanjut dan info semasa kejohanan boleh diakses melalui laman portal SUKUM ke-44 https://sukum2022.upm.edu.my/ dan https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia iaitu Facebook rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM). - DagangNews.com