Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$105.2 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$105.2 bilion

 

 

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$105.2 bilion pada 15 Oktober 2020, berbanding AS$105.0 bilion pada 30 September 2020.

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

"Komponen utama rizab antarabangsa ini terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah AS$96 bilion, dan kedudukan rizab Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.4 bilion. 

"Bagi Hak Pengeluaran Khas (SDR) pula berjumlah AS$1.2 bilion, emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$4.3 bilion)," jelas BNM dalam kenyataan hari ini. 

Dari segi aset pula, bank pusat berkata, emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR mencecah RM437.22 bilion, manakala kertas kerajaan Malaysia (RM11 bilion). 

Selain itu, deposit dengan institusi kewangan (RM6.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM17.15 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) dan aset lain (RM14.56 bilion). - DagangNews.com