Spritzer lancarkan pakej bantuan #KitaJagaKita untuk mangsa banjir | DagangNews Skip to main content

Spritzer lancarkan pakej bantuan #KitaJagaKita untuk mangsa banjir

 

KUALA LUMPUR 6 Jan – Spritzer melancarkan Pakej Bantuan #KitaJagaKita untuk pelanggan yang berhasrat untuk mendermakan air mineral kepada mangsa-mangsa banjir yang sedang dan telah berlaku di beberapa negeri di seluruh negara.

 

Syarikat ini menawarkan potongan 25% Pakej Bantuan #KitaJagaKita kepada pelanggan yang menderma kepada pusat pemindahan sementara di seluruh negara yang amat mendesak keperluan bekalan air minuman bersih.

 

Pelanggan boleh melawat https://bit.ly/kitajagakitaspritzerwa untuk membeli pakej bantuan ini.

 

Pakej 1 mengandungi Air Mineral Semulajadi Spritzer terdiri daripada 5 karton botol 600 ml dan 5 karton 1.5 liter berharga RM235 manakala Pakej 2 mengandungi 10 karton 6 liter Air Mineral Semulajadi Spritzer bersama dengan alat pembahagi pam berharga RM161.

 

Spritzer akan membantu daripada segi logistik dengan menghantar secara terus pakej-pakej bantuan ke pusat-pusat pemindahan yang memerlukannya.

 

Walaubagaimanapun, disebabkan kekangan sistem, pelanggan yang membeli dari laman khusus Pakej Bantuan #KitaJagaKita perlu menamakan alamat sendiri sebagai alamat penghantaran apabila membuat pembelian.

 

Spritzer bersolidariti berdiri bersama rakyat di seluruh negara yang telah terkesan oleh bencana banjir dan mereka yang telah menderma bekalan makanan dan minuman kepada mangsa-mangsa.

 

''Syarikat akan terus memantau keadaan dan mencari kaedah terbaik bagi membantu komuniti-komuniti yang terjejas,'' kata syarikat itu dalam kenyataan di sini.


 

spritzer

 


Kumpulan Syarikat Spritzer terdiri daripada lapan subsidiari perniagaan, mengkhusus di dalam pengilangan dan pengedaran air mineral semulajadi, air mineral semulajadi sparkling, air minuman disuling, air berperisa buah bukan berkarbonat dan minuman-minuman berfungsi.

 

Syarikat sudah beroperasi selama lebih daripada 30 tahun, dan merupakan pengeluar air botol terbesar, tertua dan satu-satunya yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sila lawat www.spritzer.com.my untuk maklumat lanjut. – DagangNews.com