Metro Healthcare lancar IPO sasar kumpul RM39.16 juta daripada pemindahan penyenaraian ke Pasaran ACE
KUALA LUMPUR 24 Okt - Firma perkhidmatan penjagaan kesihatan, Metro Healthcare Bhd melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) bagi mengumpul RM39.16 juta sebagai sebahagian daripada pemindahan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.