ALR, PayNet lancar kempen Sentuhan Ikhlas sasar bantu 1,000 keluarga B40 melalui transaksi tol MyDebit
KUALA LUMPUR 24 Sept - Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) dengan kerjasama Payments Network Malaysia (PayNet) melancarkan kempen Sentuhan Ikhlas bagi membantu 1,000 keluarga B40 di mana setiap pembayaran tol MyDebit akan disumbang ke pertubuhan amal, Yayasan MyKasih.