Skip to main content

Yoodo taja kali ketiga Liga Premier Futsal Malaysia

(Baris belakang, kiri-kanan) Chow Tuck Mun; Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah; Datuk Seri Rosmadi Ismail; Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, dan barisan penaja-penaja bagi MPFL Musim Ketiga pada majlis pengumuman di Kuala Lumpur, 4 Me 2021. 

 

 

KUALA LUMPUR 5 Mei – Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh ubah suai yang pertama di Malaysia, meneruskan penajaan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Musim 3, sebagai Telco Digital Rasmi bagi tahun ketiga berturut-turut sejak 2019.

 

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, walaupun pihaknya merupakan Telco Digital Rasmi untuk MPFL tahun lepas, liga terpaksa ditunda akibat pandemik COVID-19.

 

“Kami gembira diberi peluang untuk menyokong MPFL sekali lagi, dan juga tidak sabar untuk menyaksikan aksi-aksi hebat apabila liga bermula,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

Turut hadir pada majlis pengumuman Selasa ialah Dr Siti Faidul Maisarah  Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Bola Sepak Wanita bagi FAM; Datuk Seri Rosmadi Ismail, Pengerusi Jawatan Kuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai bagi FAM; Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai bagi FAM.

 

MPFL 2021 bermula pada 12 Jun 2021 untuk kategori lelaki, manakala kategori wanita, akan bermula pada 12 Ogos 2021. Liga tersebut disertai 32 pasukan dari seluruh negara. 

 

Pasukan yang berjaya ke perlawanan akhir akan bertanding pada 22 Ogos bagi kategori wanita dan pada 28 Ogos bagi kategori lelaki.

 

“Kami tahu ramai daripada komuniti futsal tempatan kecewa atas penundaan liga pada tahun lepas – ini adalah bukti bahawa peminat futsal di Malaysia amatlah bersemangat,” tambah Tuck Mun.

 

“Sebagai jenama yang amat komited kepada pertumbuhan dan perkembangan bakat-bakat tempatan, dan dalam konteks ini arena futsal tempatan, Yoodo amat berbangga untuk bersama MPFL 2021,” ujarnya.

 

“Yoodo amat yakin dengan bakat tempatan dan kami sentiasa gigih mencari peluang untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan bakat-bakat ini, bukan sahaja dalam arena sukan malah, dalam bidang eSukan, muzik, hiburan dan banyak lagi.

 

“Kami berharap agar dapat terus memperluaskan lagi komitmen kami ke segmen-segmen lain sepanjang tahun 2021,” tambah Tuck Mun.

 

futsa
Rosmadi Ismail mengumumkan pelantikan Yoodo yang diwakili Chow Tuck Mun sebagai Telco Digital Rasmi bagi MPFL Musim 3.

 

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail berkata, FAM amat berbesar hati atas sokongan dan komitmen dari rakan Telco Digital, Yoodo yang melambangkan kredibiliti MPFL dalam memberi nilai tambahan kepada produk dan jenama Yoodo.

 

Dilancarkan pada Januari 2018, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Ia menawarkan perkhidmatan mudah alih yang pertama di negara ini yang benar-benar boleh disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.  - DagangNews.com.