SHAH ALAM 18 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini secara rasmi telah melancarkan portal berbahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan suruhanjaya ini.