Bilangan penumpang Capital A meningkat 11% kepada 15.6 juta pada Q2
KUALA LUMPUR 26 Julai - Capital A berkata jumlah penumpang yang dibawanya pada 2Q24 meningkat 11% tahun ke tahun (y-o-y) kepada 15.6 juta untuk mengatasi pertumbuhan kapasiti sebanyak 7% kerana permintaan perjalanan serantau kekal berdaya tahan.